Sunday, April 18, 2010

HUJUNG MINGGU BERSAMA DECEPTICON

Hujung minggu nie memang agak boring bagi aku. Keja banyak, bini aku pun kerja. So takde apa-apa yang best. Pegi shopping-shopping complex semalam pun harga robot takde discount. So aku ingat harinie sengan berbekalkan RM200 nak turun Singapura ajak Rizal dengan cik linda tengok manala tau dekat woodlads point ada yang jual murah-murah. Namun dari pagi sampai tengahari aku tak gerak-gerak. Penat tak hilang-hilang Last-last lepas zohor aku pegi Carrefour sutera mall dan aku dapat tawaran yang tak boleh aku tolak. Tu dua kat bawahnie.
Yang belah kiri tu lugnut dan yang sebelah kanan tu shockwave. Harga biasanya satu RM100.00 ke RM119.90. Tapi tah apa biol tah carrefour letah harga RM30.00 satu. Aku sampai cari budak yang kerja kat situ suruh verifiedkan harga. Jumpala sorang yang pegang price scanner. Penat aku kejar dia pasal aku panggil dia tak dengar. Rupanya OKU pekak. Aku suruh dia scan memang RM30.00. So aku angkat dua-dua. Aku peluk tak lepas punya takut ada budak nak rampas dari aku. So balik ada kameranie aku terusla upload.
Ni lugnut. Jetmode dia. Dia nie antara watak-watak awal masa transformers animated keluar. Dialah askar paling setia pada megatron tak macam startcream yang kuat belot. Malangnya yang nie memang bodoh nak mampus.
Nie robot mode dia. Ada satu mata sahaja.
Ni pulak shockwave. Dia nie double agent kat cybertron. Dia menyamar sebagai autobot long arms. Atasnie Vehicles mode dia sebagai kereta kebal jika dia jadi decepticon.
Nie pulak autobot vehicle mode dia. Jadi crane pengangkut.
Nie dia jika jadi autobot long arms
Yang nie decepticon mode dia sebagai shockwave. Ada meriam macam megatron. Dalam season 3 yang tengah main sekarang rahsianya telah terbongkar. Dia berjaya melarikan diri dan mencederakan ultra magnus. Namun rachet berjaya merampas semula magnus hammer sebelum dia melarikan diri. Dapatla ianya menceriakan Ahad aku. Thank you Carrefour for the low price and tahniah kerana mempunyai staff OKU yang amat baik sekali. Well done.

2 comments:

  1. hahahhaah very interesting weekend story....

    lama tak dapat sembang, aku very the bizi dan kelam kalibut dengan anak pun bersepah sana sini huhuhu

    ReplyDelete
  2. Aku pun sibuk gak. Aku nie tengah pakai broadband prepaid maxis aku. Laju gila beb 512mb dia. Setakat download 15mb, 2 minit siap.

    ReplyDelete