Saturday, April 6, 2013

OPTIMUS PRIME 2013

Finally. Parlimen dah bubarpun. Manifesto BN pun dah nak keluar dah malamnie. Untuk aku, aku nak keluarkan manifesto yang ini pulak. The grand daddy of them all. The one and only optimus prime. Ini merupakan versi yang kedua yang baru dilancarkan bulan lepas. Versi yang pertama yang keluar pada tahun 2005 sempena 20 tahun transformers dah terus dinobatkan sebagai toys of the century ke decade aku pun dah lupa. Bezanya versi yang pertama dengan yang ini adalah yang ini lebih mirip dengan yang siri kartun kat tv dulu dan yang ini juga dapat trailer belakang sekali dan spike. Spike tu kalau ada yang masih ingat watak manusia yang berkawan dengan autobot.
Nie detail yang diberi di belakang kotak . Dah jutaan tahun dah optimus prime memerintah. Patut politik malaysia boleh belajar banyak dari optimus primenie.
Ini dia the original optimus prime. You got the touch, you got the power.

Smoke stack pun panjang sikit. Yang lama orang komplen pasal pendek dan kena beli additional dari third party punya manufacturer. Masalah cat taggal pun pada versi pertama pun rasa dah berjaya diatasi dengan memplastikkan semua anggota badan optimus prime. Yang versi pertama body plate banyak diperbuat dari besi yang dicat dan cat mudah tanggal jadi isu yang dikomplen juga.
Tu trailer dia. Boleh bukak jadi base sama pusat simpanan senjata optimus prime.
Tu spike. Teringat masa kat kartun dia duduk kat bahu optimus prime macam tu. Bapak spike dan kawan-kawan yang pakai safety helmet kuning boleh didapati secara berasingan yang dikeluarkan oleh third party punya company.
Nie truck mode classic dia. Masanie tengah senyum panjang aku dibuatnya. Rasa nak menangis gembira pun ada. Yela,cita-cita aku masa kerja Titan nak beli yang versi pertama dulu tak dapat.
Yang kereta buruk kecik tu namanya rollbar kira assistsant vehicle optimus prim yang ada kat dalam trailer dia.

Oh lupa, matrix of leadership. Mesti ada. It will light up our darkest day if pakatan rakyat memerintah nanti. Hehehehe. Inilah kemuncak kerier aku mengumpul transformers. Rasa tak sempurna kalau tiada optimus prime yang ini.

Dan sekarang dialah yang akan mengetuai seluruh anggota autobot kat rumahku bersama prime-prime yang lain. Patutnya masanie rodimus prime(kanan yang kuningtu)sedang menyerahkan matrix of leadership kepada optimus prime.
 
Yaa betul memang mahal. Tapi kat Malaysia lah paling murah. Kat luar sana RM1200 pun diaorang berebut. Even masa launching kat Malaysia haritu baru RM540 aje pun orang tak pandang tapi tetap harga naik. Sebelum dia naik merapu-rapu harganya, aku belilah dulu. Fund untuk dia pun dah kumpul dari tahun lepas bila dia dah umumkan untuk keluarkan versi yang ini. Dan yang ini yang special kat toys R Us aje ada.Yang Japan punya yang hanya ada optimus prime sahaja dah berharga RM700-800.Even yang version pertama dulu masa keluar cuma RM350 aje, sekarang even yang cat dah terkoyak sikitpun RM500. Apa lagi yang masih dalam kotak. So dari segi investment value. Insyallah boleh lawan harga emas lah lagi 10 tahun lagi.Aku ambik pun sebab aku taknak terlepas macam yang versi pertama dulu.Beli masa lepas launching murah. Makin lama makin sikit makin mahal. Ini pun kira pelaburan untuk aku jugakla pada masa akan datang. Mana tau anak nak pergi oversea jadi doktor nanti tak payah jual kebun. So apa-apa pun inilah nikmat yang kita kecapi sekarang. Kebebasan untuk memiliki apa yang kita suka. Rasa kalau pakatan rakyat memerintah habis naik cukai harga barang barang collectible seperti ini, CD dan macam-macam lagila yang kita minat supaya nak cover duit PTPTN yang nak dimansuhkan. Banyak benda lain boleh mansuh. Orang yang tak bayar PTPTN mostly gaji besar-besar. Mansuhkanlah duit orang yang pinjam TEKUN lagi mulia.
 

2 comments:

  1. pergh...mahal tu beb...takut aku nengok orang hobi kumpul toys ni...

    nak hapuskan PTPTN tak perlu naikkan cukai benda lain....kalau pengurusan cekap..tak rasuah banyak benda boleh jimat....benda ni samada nak buat atau tak ajer....

    ReplyDelete
  2. Hehehe. Tak selalu kena mahal macamnie. Tapi dah minat dah kelimitednya yang nak tak nak kena sambar jugak. Nanti satu hari aku akan try collect data dan tri plotkan reinvestment value dia macam kat blog-blog pelaburan emas. You might be quite shockla. Aku pernah jual spawn punya patung yang aku beli RM30.00 dengan harga RM200. Usia baru 5 tahun aje.

    ReplyDelete