Thursday, August 22, 2013

THE MEMORY REMAINS (21/8/2013) (KOSONG HARI LAGI)




Ini first pergi konsert dalam hidup aku. 6:00 am dari Pontian. Kerepek tu tertinggal pulak.


Drop off kat Tangkak ambik teksi bandar. Next stop AmCorp Mall.


Kat Am Corp Mall jalan-jalan window shopping. Portdy beli CD dan buku apalagi. Aku beli VCD gusti aje.


Jumpa isteri jap hidupkan lesen dia. Isteriku terkejut aku cuti harinie just nak pergi tengok konsert.


Sebagai hadiah dia bagi aku upgrade tiket VIPnie. Nyindirla konon. 15:00pm. Berlepas ke Stadium Merdeka.


Sampai-sampai tu dia


Sampai dalam 16:00pm. Dah sendat dah orang. Nasib baik pakciknie bukakkan cone untuk parking. Pelik jugak. Mungkin dia ingat aku naik teksi bandar. So hulur ajela RM10.00 untuk upah bagi parking. 


Sampai kat area konsert. Nie petanya.

Area PPRT. Quite lengang. Ramai belum balik kerja lagi kot.

Tukar baju GNR. Berani gila. Tak takut kena pukul.

Ada lubang sikit. Cromok tengah warm up.
Still tak kena pukul.


Ada kedai official. Kedai tak official lagi berlambak.


Apa sangat himpunan bersih. Bukan setakat polis rela je bersepah. KPDNKK pun ada. Ganas-ganas. Ambulance takde pulak.



Nie area orang kaya. Dari awal dah pack dah.


Menjelang senja  kawasan PPRT baru sesak

Aku dengan budak GNR kat depan sekali. Hampir-hampir tak boleh masuk  pagar masuk tu sempit gila.


Port aku. Kecik nampak depan tapi jelasla. Takla teruk sangat seperti yang aku bayangkan.

Sessi ramah mesra bersama peserta-peserta PPRT.

Cromok lepas azan magrib terus start. Main 4 lagu tak silap. Timenie portdy menangis pasal ngenangkan HJ yang jauh di perantauan. Metallica bukan makanan HJ samgat tapi Cromok memang favourite dia.


Budak-budak asrama V.I panjat tangki. VIP gila. Pastu tengah konsert tengok dah kosong. Kena tangkap warden agaknya.


Dalam pukul 20:30pm. Metallica masuk. Punyala gamat. Semua jerit sekuat hati. Ada lagu aku tau dan ada yang tak tau. 80% taula. So taka kaku sangatla. Kira okla bagi yang score 100% final aje. Nak listkan lagu-lagu aku tak ingat setlist tapi tiap-tiap generasi dapat bahagian masing-masingla.


Termasuk pakcik berduanie. Bila tang lagu harvester aje terjerit-jerit nyanyi. Dia datang berdua dari Taman Melawati. Naik moto aje. Aku ingat PPRT hanya untuk golongan belia aje. Warga emas pun dapat.


Padan muka Galaksi.  Tengok 1/2 padang lengang. Takde sapa beli tiket RM450.Kalau takde geng PPRT kat belakang sapa nak cover view lopong tu bila kamera pentas zoom.


Tengok PPRT, Sendat. Lopong tu pasal semua berdiri belakang aku untuk view yang lagi clear. Punya padat nak bangun beli air pun dah susah. Budak-budak banging aje kat tempat kosong tu.



Nasib baik ada budak datang jual air. Tak perlu beli ribena. Huahuahau


Layan lagi.



Gambar screen pun clear HD gila punya. Geng-geng depan pun best, dari mula sampai habis tak stop-stop nyanyi. Geng PPRT toksah cakapla. Jerit mintak lagu raya pun ada. Mexican wave  pun jadi.

Muka puas. Sampai balik tak kena pukul budak GNR.


Dah habis dalam pukul 10:45pm. Tapi nak clear keluar kereta dah jejak 12:00am jugak. Wish you all there. Thank you.



11 comments:

  1. Review terbaik.
    Special. Speechless. Salute.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you bro. Tunggu ulasan kau pulak hari Ahadnie untuk perlawanan timbal balik di seberang Tambak.

      Delete
  2. Yang ni baru report konsert! Siap ada gambo berlambak lagi tu....respect la!

    ReplyDelete
  3. Nice. Review bergambo yang terbaik setakat ini.

    Portdy memang steady pakai baju GNR...tapi ko punya baju lagi hebat...heheh...

    tapi seriuosly hari tu ada kat FB orang kutuk2 cakap yg masa 1st day jual tiket ada yg datang pakai baju GNR...tak true...poser la...jujur cakap aku dah planing kalau aku pergi memang aku pun nak pakai baju GNR...tak pun Poison...tengok sapa lagi true....nasib aku tak pergi...hahahaha...

    btw...padang area belakang memang kosong eh?...tu la sapa suh jual lot kondo dan banglow mahal sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju aku eh. Hehehe. Malas nak tukar.Ada baju Man UTD hitam buat spare.Tapi nie lagi selesa. Duduk PPRT lagipun. Supportla gomen sikit.

      Organizer dan penaja memang mengecewakan. Mana ada cerita kat press ada lopong besar padang kriket kat belakang. Itu belum aku bukak cerita semua line 3G dilumpuhkan.

      Delete
  4. Replies
    1. Nicekan. Sayang tak jumpa. Aku dengan portdy.

      Delete
  5. hehehe, akupun tak pakai t-shirt metalika, cuma pakai t-shirt ESP guitars

    btw, selamat... thank you!

    ReplyDelete