Monday, April 7, 2014

G2 MEGATRON

Kesian Megatron, jauh disisihkan. Kalau Optimus Prime macam-macam design dan bentuk lawa-lawa dan besar. Megatron yang terbaru hanyalah ini aje. Itupun pakai badan banzaitron cuma tukar kepala aje. Warna ikut warna Megatron yang G2. Ini pun voyager class aje. Takde Suppreme atau leader class untuk Megatron. Macam double standard la pulak rasanya.

Ini adalah bagi aku Megatron yang paling cantik diaorang pernah buat. Nie daripada siri animated yang kartunnya sepatutnya untuk level 12 tahun ke bawah. Lepastu yang keluar takde lagi yang boleh membuatkan aku rasa wow!,nice! dan sebagainya. Yang movie lagila mengarut terus jadi kapal dan tank alien. Yang movie ketiga baru jadi earth mode vehicle. Itupun jadi lori tanker buruk aje. Mungkin kerana nak sentiasa berprofil jahat dan evil aje. Tak pernah ada megatron yang jadi Teddy bear, rusa, bas sekolah (aku rasa bas sekolah lagi rugged) dan feri. Mungkin Megtron sendiri yang ego tinggi macam Axl Rose agar watak sentiasa jahat.


Samala dengan remake untuk G2 nie. Yang asal juga adalah kerata kebal warna hijau celoreng. Cuma yang edisi generationnie takde celoreng. Warna nie dah macam warna constructicon yang G1 walaupun dalam siri G2, constructicon dah jadi warna kuning ungu.


Takpela still megatron, still aku respect. Dan aku harap time movie nanti biarla Galvatrontu nanti jadi lawa dan gagah. Janganla jadi alien dan truck buruk lagi. Harap-harap satu hari nanti adalah Megatron yang boleh jadi bas sekolah.Yang ini pun keluaran 2 tahun lepas. Tak lakupun. Kat Amcorp Mall jual RM50.00 aje dari harga asal RM120.00. Yang aku punyanie dapat free dengan Airacnid Jepun pasal shopping dah lebih RM500.00. Tokey kedai bagi gitu aje."Nah satu saya bagi pasal you fans, datang jauh dan beli banyak" kata dia. aku selalu beli online dengan dia aje. Beli kat kedai pun selalu tapi tak pernah jumpa tokey. Bila dia tengok kad kredit aku aje dia macam kenal dan terus borak. Berbulu orang sebelah aku yang tawar-tawar harga tak dapat-dapat. Aku pulak tokey selamba aje bagi free pasal dia dah kenal aku lama kat online. Rasa memang dia pun fans dan hargai fans jugak. kedai third party yang paling best aku pergi kalau tokey dia ada. Pekerja dia semua tak tau apa. Kerja tolong jual aje. Kedai dia 80% memang Transformers aje.Still yang ini belambak-lambak lagi 2 minggu lepas.

2 comments:

  1. blog ni peminat2 pengumpul2 transformers boleh jadikan tempat reference.
    Tokey kedai tu tahu tak ko ada blog ni? mesti dia suka

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Dapat berkongsi apa yang collector lain ada lagi best. Tak sempat bual pasal blog. Sibuk diganggu budak yang asyik mintak harga murah aje.

    ReplyDelete