Monday, March 7, 2016

TRANSFORMERS PRIME IRONHIDE


Satu lagi edisi cetak semula untuk Transformers Prime. Yangnie keluaran Jepun. Autobot Ironhide.
Sama dengan versi USA keluarkan tapi namadia Sarja Kup dan warnanya hijau.Dan ianya juga dating dengan Meriam besar kiri kanan.
Untuk versi Ironhidenie, Ia dating dengan Am Micron dia sendiri. Ynag siri Jepun semua dapan Arm Micron. Kena pasang sendiri Arm micronnie.Lebih kuran Minicon kerja dia.

Dan arm mocronnie transform jadi Meriam untuk Ironhide. Memang renyah sikitla nak siapkan Arm Micronnie. Yela part dia kecik-kecik nak cantumkan. Tangan aku dahla besar.
Vehicle mode dia jadi pick-up warna merah. Sama macam pick-up prototype Proton yang pernah aku Nampak kat internet
Hampir seiraskan. Harap kalau keluar dan harga lebih kurang Exora boleh belikut. Dah setahun tapi still tak keluar-keluar.Cmonla Proton.

Saturday, March 5, 2016

MOVIE 1 LONGARM

Kalau sape-sape ingat movie yang pertama dulu. Mesti perasan lori tonto yang Megan Fox pakai untuk Tarik Bumblebee yang putus kaki kena tembak dengan Starscream. Lepas movie tu keluar. Tak lama lepastu diaorang keluarkan lori tonto tu siap boleh jadi robot.
Namanya Longarm. Rasanya pasal lengan dia panjang tu yang panggil Longarm. Memang dalam movie lorinie tak boleh jadi robot langsung.Aku belipun masatu memang baru baru keluar. Tak berapa popular masatu. Tu yang senang dapat murah dalam RM30.00 aje masatu. Tapi agak frust pasal aku beli yang deluxe version. Pastu diaorang keluarkan dalam kotak diorama special mengambarkan tragedy Bumblebee kena tembaktu siap dengan Bumblebee putus kaki dan Megan Fox sekali. Pasal aku takde tak boleh tunjukla. Hahahaha. aku ada Longarm aje. Huhuhuhuhuhu

Thursday, March 3, 2016

COMBINER WARS STUNTICONS PART 7 (RODIMUS)

Aku ingat dah complete combiner wars Stunticons aku Rupanya ada hidden robot lagi satu rupanya. Macam charge tersembunyi Air Asia pulak rasanya.Rupanya kena ada Blackjack. Ikut lojik pun memang kena ada 6 biji ahli stunticons.So memang betulla untuk Blackjack. Patutnya entry ini untuk Blackjack. Tapi pasal kerajaan lambat membuat keputusan untuk masuk TPPA, jadi Blackjack kandas dan hanya terdapat dipasaran luar Malaysia.Puas rata aku cari memang takde. Bengang gila. Nak beli online mahal sangat. Patut basic baru RM30.00 dah jadi RM70.00 ke RM100.00. Jadi Rodimus inilah sebagai ganti pasal dia yang keluar dulu.
Blackjack sama macam Rodimusnie cuma warna dia ikut warna G1asal iaitu warna ungu dan hitam.  Dan Rodimus sendiri warna asas dia sama macam G1 jugak.  Dan geng combiners wars autobot untuk Rodimusnie pun baru aje keluar. Ada peluang collect yang tu pulak. Optimus Primenya dah ada yang sebiji macam Motormaster.
Vehicle mode dia kereta sport. Memang mode dia sebelum dapat pangkat Prime. Dah jadi Rodimus Prime jadi lorila dia.
So since Rodimer punya combiners wars geng masanie belum beli lagi, terpaksala dia menghadap Menasor untuk bergabung.Patutnya Blackjack kira icing on the cake untuk completekan Combiner Wars Stunticonnie,Tapi aku terpaksa settledown dengan Rodimus dulu. Ini juga memaksa Rodimus untuk membelot jadi decepticon dulu.
So dengan dada terbuka Menasor membuka dadanya
untuk Rodimus menjadi chest plate Menasor.
Ikut warna macam pelikla. Tapi takpela. Let settledown dengan nie dulu. TPPA pun dah sign. Harap ada chance la aku nak dapatkan Blackjack. Ke pasal nama dia Blackjack dia kena banned. Well. takpela. At this moment ini Menasor aku.

TO BE CONTINUED.....