Monday, May 30, 2016

BEAST WAR RHINOX

So akhirnya dapat jugak watak paling sedih dalam siri Transformersnie. Watak Rhinox dari siri Beast War. Siri yang tak dapat tumpuan langsung dari aku. Mungkin pasal gambar 3D dia yang tak lawa serta animal mode dia juga. Tapi aku ada layan jugak tapi tak tengok full siries.
Rhinox merupakan orang kanan Optimus Prime. Kira macam Ultra Magnusla dianie. Tua dan slow. Tu pasal selalu kena bahan dengan Ratrap.Memang kesian dianie dahla muka sedih operasi pun selalu tertinggal. Memang kesian. Tak pasal kawan rasa Optimus Prime dah tinggalkan dia.
Beast mode dia pun jadi badak aje. So agak slowla. 
Namun pada penghujung series Beast War sebelum masuk ke siri Beast Machine, aku tak tau sangat apa berlaku. Tapi yang aku tahu Megatron sudah berjaya mencybernetickan bumi serta segala kandungannya. Namun geng autobot semua berjaya menyelamatkan diri kecuali silverbolt, Rhinox dan lagi sorang yang aku lupa. Jadi mereka telah masuk ke geng megatron dan mereka menjadi power gila. Kerjanya jadi pemburu trasformers yang masih lagi dalam beast mode. So yang sebelah warna birutu Tankor @ Rhinox at vehicon mode.
Pernah geng-geng beast wars culik dia untuk dipulihkan namun hati Rhinox still tak mahu pulang ke pasukan Optimus Prime. Jadi Optimus Primal pun lepaskan. Cakap pasal Optimus Primal, diaorang dah released giant Optimal Primal yang jadi Gorilla. Insyaallah ada rezeki aku beli nanti.

Wednesday, May 25, 2016

COMBINER WARS STUNTICONS FINAL (BLACKJACK)

So akhirnya Blackjack sampai jugak ke pasukannya. Seperti yang aku jangka, selepas TPPA ditandatanagani, barulah nampak bayang Blackjacknie di pasaran.
Warna ungu hitamnya memang jauh lagi cantik bagi aku dari Rodimus yang warna merah kuning. So sekarang adalah masanya untuk Blackjack claim balik tempatnya dalam pasukan Stunticon.
Blackjack: So Rodimus, turun kau dari dada Menasor tu. Itu tempat aku. Kau hanya menyamar sahaja.
Blackjack: Turun!!!!
Menasor: Turun Rodimus, kau tak layak bersama pasukan kami. Hahahahaha
Rodimus: Baiklah. Huhuhuhuhuhu
Blackjack: Hahaha. Blah kau dari sini. 
Menasor: Akhirnya sempurna pasukan combinerku. 
Menasor: Ayuh kita musnahkan pasukan autobot
Stunticons: Yeah. Mari!!!!
Menasor: Aku lepaskan kau Rodimus agar kau dapat memberi amaran kepada Optimus bahawa perang akan bermula tak lama lagi.Hahahahaha.
Rodimus:(Nampaknya susah nak menangnie)
Dan Rodimus pun datang menghadap Optimus.
Rodimus: Optimus! Menasor akan datang menyerang kita tak lama lagi. Pasukan combiner mereka telah cukup. Macam mana Optimus?
Optimus: Jika itu yang dia mahu, perang juga yang akan kita bagi.
Rodimus: Tapi kita berdua sahaja Optimus, saya tahu kau sudah Prime tapi aku belum lagi.
Optimus: Jangan risau. Pasukan combiner kita pun dah sampai.
Rodimus: Wow.
Optimus: Bukan itu sahaja, kita akan keluarkan seluruh pasukan kita. Let the war begin!!!!!!!!

TO BE CONTINUE.........


Monday, May 23, 2016

2016 F.A CUP FINAL MANUT(2)-CRYSTAL PALACE(1)

Tak jadi pergi Wembley pasal satu aku ingat games hari Ahad. Dan lagi satu Sabtu pagi kena ambik report card Aisyah. So kalau ada flight pun tak sempat. (huahuahuahuahua. sembang lebih akunie). 
Jadi tengok kat rumah ajela. Belila popcorn siap-siap.
Aisyah pun dah siap.
Manut TV pun pagi-pagi dah sibuk tayang match-match yang Manut menang FA Cup.Ini 1996 punya final yang Cantona score. Musim lepas dia kena gantung pasal sepak orang. Yela takde apa nak celebrate dekat 3 tahun.Cherish old memory macam Liverpoolla. Kira excited jugakla dapat tengok Finalnie. Team lain dah habisdah games.
Ozil pun siap dah pergi Umrah dah. Nice. Aku suka tengok dia berdoa sebelum games.
Items last beli sebelum games start.
Sambil tunggu tu ingat nak layan JDT. Tapi Pahang teruk sangat main. Tak bagi saingan langsung kat JDT. Apa masalah tak taula sampai kena 6-0. Separuh masa pun dah ada penyokong Pahang yang balik.
Akupun keluar stadium pergi TV2 ada musical express. Tah live band mana tapi main best. Reggae night. Rasta man. Setengah jam aje pastu ada Lord Of The Ring jap.
Dalam pukul 1130 baru masuk stadium.
Ada nyanyi-nyanyi kejap.
Sir Alex bawak piala keluar.
Kesian aweknie. Satu stadium dah haruk nyanyi Negaraku dia tak dapat que lagi untuk nyanyi.
Semangat Rooney nyanyi.
Duke Of Cambridge pun sama.God Save The Queen.
Baru nak nyanyi. Huahuahua.
Memang meriah. Rugi tak pergi. Huhuhuhuhui
Start wisel pengadil aje ini ajela yang aku nampak sampai games habis. Manut TV tiada hak nak tanyang. Cuma ulasan sahajala. Dah biasadah aku layan macamnie. Nak pergi malas takut Aisyah ajak balik awal.
Habis aje terus keluar gambor celebrate.
Lingard Herotu. Memang setakat sampai harinie memang belum keluar ulangan kat TV. Boleh downloadla. Tak pun boleh tengok Sivaji The Boss, Singham, Singham Returns atau Chennai Express. Sama aje skripnya. Hero kena dulu. Last minit baru menang.
Walaupun Piala FA aje. Quite nicela. Aku pun senyum gak.Semua pemain Manut yang main England dapat cuti khas skip match lawan Turki at Etihad.
Yes. Thank you la LVG. Bert tak suka dia. Aku suka dia. Ikut suka dia aje. Tak peduli pun orang boo dia. Yang best sekali aku rasa dia aje manager datang games muka macam orang stim/ mabuk. But sampai sekarang orang tunggu official Mourinho nak masuk. Setakat times tulisnie takde kenyataan rasmi lagi.Tapi dia dah blah dah. So rasa rasmila. Cara dia pergi sama macam dia blah dari Bayern. Takde orang peduli. Aku agak sedih bab tu aje. Hopefully tak jadila ambik Mourinho. Sorry Bert. Huhuhuhuhuhu.