Thursday, August 4, 2016

RID 2016 BLIZZARD ATTACK OPTIMUS PRIME

So dah lama tak cerita robot. Ini adalah Optimus Prime yang keluar untuk season yang kedua bagi siri RID tahunnie. Blizzard Attack Optimus Prime.Kotak sama macam yang siri pertama jugak. Tu yang gambar masih lagi warna merah.

Ianya sempena episod pembukaaan musim kedua RID dimana Optimus dan pasukannya mengembara ke kawasan artic memburu decepticon yang macam beruang kutub. Jadi perlukan samaran masa memburu dalam salji tebal. Maklumla warna merah senang kantul pasal decepticon artictu monitor dari atas bukit. Jadi dengan samaran macamnie saja boleh mendaki bukit tanpa dikesan.
Bagi autobot lain yang follow dia, ini kira ilmu baru Optimus Prime kongsi dimana bila scan kenderaan tak semestinya ambik rupa bentuk sekali. Ambik warna aje pun cukup. Aku pun baru tau. Macam sesumpahla.
So ini yang blizzard attack bersama normal Optimus Prime yang keluar tahun lepas.Tengok kakitu dah macam pakai seluar boot cut sapu jalan punya.
Kali terakhir kalau tak silap aku Optimus Prime warna biru keluar adalah masa Movie yang pertama dulu. Tu yang aku ada. Nama dia Nightwatch attack Optimus Prime.
Memang favorite aku nie. Dada dan mata ada api yang membara.
Dan yang unik setakat ini, aku nampak yang patern RID macam resemblance dengan Voltorn jika di adjuskan. Lebih kurang macam Red lion dan Blue Lion yang dipandu oleh Pricess Allora. Ini dari pandangan matu akula.
Boleh convert jadi kaki atau tangan Voltron lion. Body nanti aku try adjustla. Rasa macam boleh. Imaginasi kena tinggi sikit.
Patut kena ada 5 ekor baru boleh sambung. Merah,biru,hitam,kuning dan hijau. Aku baru ada yang ini dan yang warna hitam. Yang hitam masih belum bukak lagi. Aku ada perasan macam yang kuning dah keluar. Hijau kompom belum. Yang Kuning aku akan cuba cari dan harap-harap yang hijau keluarla. So dah cukup cuba sambungkan walau pun yang ini bukan Combiner punya siri. 

2 comments:

  1. cantik transformer ni.. yusrina nak pinjam buat main boleh tak shafid..huhuhuh

    ReplyDelete
  2. Aku learnt something pasal Optimus warna biru ni.
    thank you.

    ReplyDelete