Thursday, February 16, 2017

TRANSFORMERS RID/TAV 2015 (NEMESIS PRIME)

Lama tak bercerita. Kekok sikit nak menaip. Tapi aku start dengan menyambung tentang koleksi Optimus Prime Untuk siri 2015. Yang duanie aku dah cerita dan. Yang biru Blizzard Optimus Prime (Blue Loan)untuk musim kedua. Dan yang merah tu Optimus Prime standard(Red Lion) yang awal-awal keluar pada Musim yang pertama tahun 2015.
Bagi yang nombor tiganie kira Black Lionla. Tapi yang ini takde keluar dalam mana-mana  siri RID setakat ini yang aku taula. Ini cuma Jepun saja keluarkan special siries. Optimus Prime atau nama pangilan biasanya  Nemesis Prime. Besar dan jelas lambing decepticon dia letak.
Untuk siri RIDnie, kat Jepun namanya Transformers TAV atau nama panjangnya Transformers Adventure. Pasal jahat tu yang dapat nombor siri TAV13.
Nemesis Prime nie yang aku jumpa kat Collector Toys Convention kat UTC keramat tahun lepas yang aku beli pada harga RM70.00. Agak murahla. Sekarang dahla tak keluar dan tak nampak pun ada jual kat mana-mana. Untuk cukupkan sirinie rasa nak dapatkan yang ini paling susah. Setakat nie untuk collection patern Optimus prime nie baru keluar 5 warna aje. Tu tak termasuk yang lucky draw warna gold dan toy fair punya limited edition warna krim.
Sama patern bagi tiga-tiganie tak kira sebagai lori atau robot. Kapak pun patern sama.Aku dah ada yang siri keempat tapi tak sempat bukak lagi. Tapi patern dah lain sikit pasal yang lepas keluaran yang ini Optimus nya ada upgrade sikit. Macam Optimus Prime dah jadi super sahya satula kiranya. Warna merah. So tinggal nak dapatkan yang putih aje cukupla lima. Dah nampak tapi mahal pulak. RM99.90 satu pasal ada dapat minicon sekali. Insyallah ada rezeki akan diusahakan. Cukup 5 aku akn cuba Voltronkan dia.Bagi siri kartunnya season 2 takde lagi. Tengah cari kantau nak sedut. Season 3 dalam proses. Tak sangka pulak panjang siri dia pasal tak tau jalan cerita dia. Apa-apa enjoy dulu yang ini.



Monday, February 13, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017(HUHUHUHU)

Lama tak menulis. Banyak benda nak cerita tapi tak sempat. Anak pun dah besar.

Pasal dah besar,So kena beli kereta besar sikit. Kancil dah tak muat. Dua biji keta surender. Banyak sangat kereta. Moto lagi. Banyak sangat roadtax nak bayar.Tinggal dua aje. Kancil dengan yang barunie.
Biasala bawak bouncer merangkap Paultan.Nie masa pergi Raden Round Dua. Tak cerita lagitu.
Maryam pun mula-mula kekok gak masuk keta baru abah.
Aku dengan orang rumah pun busy. Memang bulan 4 target kami nak cuti panjang sikit. Thaipusam minggu lepaspun aku dah langgar cuti 5 hari rehat dengan anak-anak. Maknya kerja. Okla puas gak.
Aisyah pun dah grade. Tapi still tadika lagi tahunnie.
Insyallah ada masa banyak benda nak cerita. CD pun banyak tak cerita.
Dan of course robotla.