Wednesday, September 6, 2017

COMBINERWARS G2 STUNTICON MENASOR

 So masa shopping kat toy fair haritu bukan hanya untuk anak sahaja, aku pun dapatla bahagian untuk aku. Dah lama gak tak beli robot. So ambikla peluang sekali sekala. Walaupun apa yang aku mahu takde sebenarnya.
So aku ambikla yang ini aje. Combiner wars Stunticon lagi satu Yang kanan tu yang currently aku ada. Tu yang jual asing-asing. Kena pusing pelosok dunia untuk cukupkan . Tapi yang belah kiritu kira pek kombo dah complete semua tak payah pusing-pusing cari. Cuma masalahnya memang susah cari atau hampir takde kat market bila start keluar dalam 2 tahun lepas. Kat Amcorp mall, Ebay banyakla tapi mahal gila. Dalam RM500-550 sekotak. Masa kat fair tempoh hari RM250 sahaja. Dan yang aku dapatnie yang happy hour punya orang tinggal. Dah slash harga jadi RM200.00. Itupun masa aku datang dah tinggalnie je. Yang versi G2 lain dah licin je. Patut boleh dapat G2 arielbots,combaticon dan computron yang boleh nampak. Dapat ini aje pun dah ok dah.Banyak jugak barang yang happy orang tinggal. Portdy pun dapat pedang Kylo Ren dia RM90.00 yang happy dari harga mark down RM120.00.Tak taula kenapa tinggal gitu aje. Maybe bukan fans kot yang beli. Mungkin para pelabur skim cepat Amcorp yang rasa tak berapa berbaloi untuk keuntungan jangka masa pendek. So aku seronokla sikit pasal aku collector. 
So bezanya dengan yang first set yang aku ada, yangnie datang dalam warna G2 . Aku tak tau banyak pasal G2, so warnanya agak pelik sikitla. 
Beza yang lainnya, yang first model dengan komik dan yang ini takde komik. Dan yang first set kaki belah kanan adalah SUV Offroad.
Yang versinie datang dengan Breakneck warna kuning. Yang first version pun ada Breakneck warna Merah putih kot kalau tak silap. Tapi limited edition punya additional. Jejak beratus ringgit untuk Breakneck yang special edition tu. Nak dapat pun susah. Yang kat bonet tu lambang decepticon G2. Memang bagi yang tak tahu sangat pasal Transformers memang tak kenalla.
Bukak pun layout cantik.
Lagi satu yang special yang G2 punyanie Dia bagi satu envelope besar war envelope Urusan Sri Paduka Baginda kerajaan tu.
Dalamnya dapat poster, collector card dan manual. Takde komik.
Tapi poster gambar Menasor yang G1 punya warna. Rasa macam pancing orang yang beli untuk kumpul yang G1 punya jugak.  Tapi kalu baru nak cari sekarang memang agak perit la.
So jangan leceh. Buat terus.
So completela Stunticon Menasor set aku untuk siri Combiner Wars aku. Aku ada lagi satu warna G1 Combaticon yang belum bukak. Tapi kurang satu robot kecik additional yang belum ada. Rasa tak best nak buat kalau tak complete semua. Still hunting pelan-pelan. Kat Am Corp mahal sangat. Hopefully fairnie datang balik Johor. Maybe tak teruk sangat collector nak berebut dengan investor. 

4 comments:

  1. tu la...yang kaki investor ni banyak kacau market...

    ReplyDelete
  2. Porndy pun ada cakap kat Rock Corner pun jadi macam tu masa sales. Geng AmCorp tapau semua. Same case kat sini pada hari opening. Hari kedua mostly tinggal hampas. Bagi fans macam kita kesian la tak dapat apa yang dihajat. Apa yang boleh ambik ajela. Dah sampai port diaorang memang terukla kita.In the end pun kita satu hari pun jual jugak koleksi kita. Tapi more to long term investment. Dan dah loose pun bukan dalam kotak lagi. Untung is not the target. Kepuasan ada dan dapat guna tu yang penting sebagai memori.

    ReplyDelete
  3. aku bukan investor, aku fan. Cuma nampaknya kalau ruang takde, aku terpaksa let go banyak barang aku sayang . Tapi bukan untuk untung, mungkin free kot aku give away, tapi mesti kat fans jugak. lain kali la.. tengah fikir cammana nak susun dan simpan dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyiru tapak tangan,bonet kancil aku kosongkan dengan spare tyre kasi keluar. Aku pun sama macam ko.Cari orang yang boleh bela.

      Delete