Wednesday, January 24, 2018

BALKAN TRIP PART 2 (AUSTRIA,BOSNIA,CZECH REPUBLIC)

Ok part 2. Gambar cerca merba sikit. Tapi baru ingat sikit-sikit. Dari Italy kitaorang endingkan first day tido dah kat Austria.
So pagi tu lepas sarap terus pergi ke pusat perlancongan kat Austriala.


Beli stroller baru. Stroller Mayam sangkut kat Iran.

 Pusat Islam kat Austria. Berenti lunch sini dulu sebelum bergerak ke Bosnia


 Dalam petang sampaila Bosnia.
 Berenti solat Asar dan Zuhur kat sini.
 Nie macam satu taman perumahan orang Serb dan Bosnia. Still duduk berjiran
 Nie senarai nama masyarakat kat taman perumahan tu yang mati masa perang tahun 90an dulu tu.
Kitaorang datang baru ada orang datang bukakkan pintu surau.
Sebelum gerak bergambo. Memang peramah masyarakat islam Bosnia.Pastu gerak pergi Zagreb

Depec Mode main kat zagreb

Nak malam baru sampai hotel. Makan pastu terus rehat.
Wifi ada kat Lobby aje. Depan kelab bogel.

Monday, January 22, 2018

BALKAN TRIP PART ONE (ITALY/VENICE)

Ini bulan 4 tahun lepas punya cerita. 11 hari punya endurance punya trip ke Eropah. 9 negara dalam masa 11 hari. Eropah belah Balkan. Nak kira satu negara satu hari.

Nie tourist guide aku. Ustaz Latiff. Memang muka familiarla. Ada handle Madrasah kat Teluk Intan. Nama tour pun Kembara Sufi. Memang Ustazla yang bawak.
Ada dalam 80 orang. Satu group 40 orang. aku group A. satu bas
So aku pun dah lupa hari apa tapi malamla gerak dari KLIA menuju ke Iran.
Lapan jam pastu sampai Iran. Kat sini cuma Transit je. 4 jam. Lama jugaktu.
Dalam sejam lagi nak subuh kat Iran baru sampai.
Muka pun dah nampak letih family aku.
Yang belakang tu geng kitaorang tengah beratur. Kami berehat dulula. Last baru masuk. Tak silap aku lagi 6 jam baru sampai Milan.
So landing kat Milan kira baru pagi jugak.
Kat Milan nie pun berenti kejap je untuk makan dan rehat.
 Aku pun dah lupa nama tempat dia tapi lawala. Tengah tengah bandar Milan. Memang banyak pelancong la.
Tempat pun lawala. Dalam 2 jam kami diberi masa kat sini pasal pagi dah sampai sini.
Antara cenderemata yang ada jual kat Milan. Hahaha. Kat sini penjual ada jual fridge magnet dan keyshain bagai yang orang selalu beli gak. aku pun beli gak. Yang bestnya sellernie kenal TMJ. Pasal kata dia TMJ ada share ada share besor kat Inter Milan. Dia siap tunjuk kad clun Inter Milan dia. By the way San Siro just satu corner ke kanan main road kat sini. Tapi aku menghala ke kiri. Masa masuk highway nampakla dari jauh San Siro. Yela kembara Sufi bukan Kembara Bola.

On the way kat main destination dalam bas.
Sampai ke Jeti untuk ke Venice.
Permandangan kat dalam feri menuju ke Venice.
Salah satu jetti bot yang orang mendayung.
Still pagi lagi sampai. Kedai pun belum bukak
Aktiviti 1st naik bot romantikniela dulu. Satu bot 60euro pusing-pusing Venice.
Tontongla family aku dengan makcik tu. Dia datang sendiri lone ranger.
Habis naik bot orang start ramai dah
Ikutkan macam-macam exibition kat sini tapi orang memang ramai gila.
Maryam pun sempat lelap
Panjang beratur nak naik atas tu.
Apa tarikan pun aku tak tau. Kata penjara katanya. Aku rasa rumah Rapunzel atas tu. Hahaha
Tapi memang tempat lawa.
Yang kiri tu tourist guide aku orang Bosnia.

Dah petang baru sampai Jeti
Berenti RNR jap untuk solat.
Nak maghrib baru sampai hotel. Nampak kereta aku yang versi moden sikit.
Complete 1st day yang padat. satu hari satu negara. Aku pun dah lupa lepas Italy pergi mana. Kena Recap balik ananti.