Monday, January 22, 2018

COMBINERS WARS COMBATICONS

Apa-apa Selamat Tahun baru dulu. Lama tak membloging. Robotnie pun dah dekat 2 tahun dah peram baru nak pasang. Hehehe. Nie bukan yang special edition. Semua kumpul dan kutip satu-satu. Combaticons nie adalah keluaran semula dalam koleksi Combiner wars dua tahun lepas. Asalnya macam Combiner Wars lain yang aku adalah  remake semula dari edisi G1.
Dari kiri belakang tu Brawl(kereta kebal), Onslaught(pelancar peluru berpandu Scud), BlastOff(jet pejuang). Yang depan dari kiri Swindle(Jeep Willy) dan Vortex(Helicopter)
Asal G1 nie combaticons adalah askar ciptaan Starscream masa dia kena buang oleh Megatron. Bengang dengan Megatron , Starcream pun curi-curi balik ke cybertron dan bawak balik spark dan protofoam combaticons nie ke bumi. Combaticons sebenarnya dah kena hukum gantungla kat cybetron. Tapi starcream hidupkan balik kat bumi dan mengganas kat bumi.
Bila combine Combaticons will form Bruticus. nama pun ngeri. Memang power. Terlalu power Decepticon dan Autobot terpaksa bergabung untuk kalahkan Bruticus. Bila diorang menang, Optimus dan Megatron dah sutuju nak musnahkan Bruticus. tapi Megatron kencing Optimus. Nampak aje Bruticus kena tembak sebenarnya Megatron tak bunuh Combaticonsnie. Dia simpan jadi askar dia. Dan dia pun baik balik dengan Starscream. Siot je. Apapun ini merupakan Combaticon kedua aku selepas yang first adalan yang keluar games Fall Of Cybertron.

No comments:

Post a Comment