Tuesday, July 2, 2013

PELABURAN EMAS VS HOT WHEELS FERRARI 612 SCAGLIETTI


Carta kat menunjukkan harga emas kat Malayisa bagi setahun dari Jun2012 hingga Semalam. Takdala memberikan pulangan yang memberansangkan. Mungkin keadaan ekonomi sekarang yang tak berapa okkot. Aku tak tau sangatla. Maybe bagi yang beli 2-3 tahun lebih awal mungkin dah ada pulangan walaupun harga agak merudum. Still zakat cukai,zakat kena bayar. Even kalau kita reversekan graphs ini untuk dapat positif returnnya pun Beli RM 3800, maksimum returnnya pun hanya RM5500. Hanya 1.44 kali ganda aje . Andaikan 1oztu sekilo, 1gram cuma dapat untung  RM2.20 aje. Kalau aku tunjuk figure macamnie kat budak-budak (orang tua) yang invest kat emas, ini short term, emas untuk long term. But long term kau tu untuk berapa long? Bagi siapa yang beli setahun lepas boleh sakit jantung jugak kalau dah keluar RM5000 value tinggal RM4000.


Ok itu emas punya story. Bari kita beralih pada Hot Wheels Ferrari pulak. Ini yang keluaran Khas sempena 50 tahun Ferrari. Siap dapat sticker. Yang ini Ferrari 612 Scaglietti.

So ini list yang keluar untuk edisi khas ini. Aku pun dah lupa bila dia released. Tak 2010, 2011. Masa keluar harga dia RM 14.90. Tak seperti emas yang berdasarkan ekonomi semasa, yang nie takde demand memang murah. So aku dapat pada harga RM3.00. Dan aku still ada hampir 10 biji lagi yang masih ku simpan sebagai investment aku. So, aku lepaskan satu untuk jual untuk tengok berapa aku boleh dapat untung dari pelaburan RM3.00 aku dalm masa setahun.


So, kat bawahtu, berapa yang aku dapat. RM15.25. Postage charge lain. Budak Penang yang beli. Lebih 4 kali ganda untung dari harga aku beli. Dan jika ada yang beli pada harga RM14.90, jual pun still ada untung 35sen atau 2%.  By nilai memang kecik but by percent, apa sangatla emastu.Not bad jugak. Still untung. Harga yang aku jual adalah setahun sahaja selepas beli. Dan ini adalah harga pasaran yang paling murah buat masa sekarang. Kat online, Amcorp Mall punya pasar Karat boleh exceed RM40.00. Pasal yang jual tu nak ambil kesempatan. Even collector yang aku jual tu pun complain pasal aku punya dah buruk. Rasa nak jual balik pada harga mahal. Mostly pure collector tak kisah semua tu. So it your choice realy how to invest. Emas asli atau emas moden(anything people collect). For record, aku jual RN7.50 hot wheels Bugatti Veyron belang biru macam TMJ punya pada harga RM35.00. Aku still ada lagi sebiji. Insyallah panjang umur murah rezeki nak jual 20 ltahun lagi untuk tampung medic school anak aku.Kira-kira bodohnya base rate 400% per years, dalam 20 tahun dah boleh raih RM700.00. Baru sebiji,  Kalau dah semua ada kat 100 biji. Cukupkot medic school. Tak cukup, player Man Utd boleh cover. Hahaha.

7 comments:

  1. best entry..benda benda macam ni punya wicked yang membuatkan aku suka baca blog kau ni Pik, hampir aku terlupa kawan aku ni graduate sains aktuari. hehehe


    FYI, Stone temple pilot dah ada vokalis baru iaitu Chester Bennington of Linkin Parklive.

    dah ada single baru pun. boleh cekitout

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun dah lupa yang akunie actuarial sciences punya graduate. Hehehehe.

      Delete
  2. Check ler kat blog gua pasal STP baru tu...haha

    ReplyDelete
  3. Sains aktuari? wow ... Tapi kan, orang-orang bijak pandai ni harus ada satu hobi yang berbentuk kemanusiaan sikit. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya still ada kumpul setem,sampul surat pertama. Tak banyak, tapi ada. Cukuptak kemanusiannya? Hehehehe.

      Delete
    2. Saya pun ada kumpul setem! haha memang manusia sangat! hehe

      Delete