So GST dah start. Tapi itu bukan penghalang untuk aku nak mulakan projek aku yang dah lama terbengkalai. Banyak projek yang nak aku buat. Barang pun dah ada tapi takde kesempatan pasal rumah sedang buat. So rumah dah clear. So salah satu projek yang aku dah plan lama adalah projek MRT untuk linkaran beranda rumah mak aku. Bukan MRT sangat. More to bullet train. Keluran Syarikat TOMY Jepun PLARAIL.
Basicly simple Train set yang boleh dapat kat kedai-kedai Toys R Us Dan Jusco. Yang atasnie adalah antara landasan yang telah dibina. Ini cuba basic track yang aku dah ada.
Kalau tengok katalog, Banyak lagi yang kena beli. Junction,cross track dan macam-macam lagi.
Stesen, diorama pun belum ada lagi. pun belum ada lagi.
Untuk testing, akau pakai keretapi stim dulula.
Bullet train dan MRT tak pilih lagi. Mungkin bila dah dapat peruntukan dari kerajaan (BR1M) nanti baru belila.
Setakat ini baru sampai sini. Stesen dan rumah belum ada lagi. Aku akan try bina rumah mesra rakyat berdekatan dengan stesen yang akan ditentukan nanti. Mostly orang yang buat projek macamnie akan buat railway berlingkar naik atas bertingkat-tingkat pasal kurang ruang kat rumah. Tanah bandar mahalkan.Tanah rizab melayu pun dah takde. So terhadla space diaorang. Macam aku, boleh buat satu tingkat yang besarla. Insyallah akan ada permandangan bandar dan kampung.
Setakat nie baru balai bomba dan penyelamat aje yang dah ada. Kereta bomba dan penyelamat pun dah beli. Tunggu clear puspakom aje dan lepastu boleh start standby kat balaila.
Jambatan pun dah pasang. Still dalam ujian samaada mampu menampung berat keretapi atau tidak. Tunggu fasa yang akan datang. Dan setakatnie takde LTI(lost time incident) untuk projek akunie.
mak aiii...ni kalau rumah ada budak kecik...memang jahanam...
ReplyDeleteYup. Diorang ibarat raksasa dan ultraman serang bandarla
Deletekalis hujan ke projek ni?
ReplyDeleteDah try setakatnie setakat hujan lebat still ok. Haritu ribut ada jugak landasan yang lari
DeleteLOL... baik punya projek. salute!
ReplyDeleteThank you. Inilah kerja bapa yg jauh anak isteri
DeleteInsyallah ada modal lebih panjang ceritanya
ReplyDelete