Monday, October 19, 2015

HUJUNG MINGGU DI SINGAPURA

 
Dah dekat 3 tahun tak drive masuk Singapore. Autopass pun dah expired tahun lepas. Tapi SPAD Singapore bagi extend sampai balance autopass aku habis. Lagi sekali masuk habisla. Itu pun dah kena warning dengan penguatkuasa bertugas pasal nombor plate depan keta aku nombor 6 dah reput. Last warning kata dia. Anyway selalu setakat pergi USS aje tak perlu bei cash card. Oleh kerana kalinie kena pergi kerja kahwin kat Eat Coast, kenala beli cashcard kat 7/11.

 
So quite a nice wedding. Anak abang ipar aku kahwin balas balik tempat laki. aritu kat rumah Melaka aku tak pergi pasal ambik mak abah aku balik haji.

 
Mostly rombongan dari Melaka dan keluarga tuan rumahla. Aku sekeluarga aje datang dari Johor pasal bas rombongan dah full. Aku drive sendiri ajela. Yang lain pun dah ramai rewang kat Melaka minggu lepas so they skipla this one. Aku kena balas balik mengantar rombongan pasal dah ponteng minggu lepas.
 
 
Nice family photo belah keluarga lelaki,

 
Nice view kat luar Pekan Katong

 
Nice food,

 
Nice goodies. Banyak jajan. Kat situ jugak anak aku makan.
 
 
Yang paling best, pengantin datang dengan nice car. Memang highlight majlis haritu.Tak payah sanding kat pelamin pun takpela. Ini pun dah nice punya pelamin.
 
 
Yellow flakes McLaren MP4-12C convertible lagi depan mata aku. Tak pernah mimpi dapat pegang.Pengantin dah takde orang pun masih sibuk ambik gambar. Agak disturbingla traffic sekejapla pasal public pun sibuk kerumun kat jalan ambik gambar.,

 
Anak aku pun tak lepaskan peluang bergambar. Paling murah kat Malaysia mau RM3juta sebiji

 
Bergambar dengan pengantin. Still Oarang ambik gambar kereta kat belakang.

 
Dan aku sekeluarga juga sempat bergambar dengan MC majlistu.

 
Sapa-sapa yang dari kecik degar radio dan tengok TV Singapore kenal siapa dia. Dia pun terkejut aku kenal dia. Bila aku cakap aku duduk Pontian dia pun tau aku boleh dengar dan tengok muka dia kat TV.
 
 
So kami sekeluarga beredar pukul 4:30pm. Ingat nak singgah SEA Aquarium kat USS tapi sampai 6:30pm dan nak tutup dah. tutup 7:00pm. Takpela takde rezeki. Lepas magrib gerak balik Pontian. Tapi still balik puas..

 
Pasal dapat tengok nie dan...
 
 
Dapat cenderematanie kenangan dari rumah pengantin.
Selamat pengantin baru Izad dan Aisyah.
 
 

5 comments:

  1. aku last drive sendiri masuk Spore masa zaman pasport terhad...zaman belum kawin...giler lama...tu jam nak try baju pengantin pasal orang rumah guna mak andam Spore...haha...sekarang kalau suh drive pegi sana mampus aku tak pandai...

    btw...nice car...tapi kesian pengantin...hightlight dah jadi lain....haha...err..tu A.B Shaik ker?...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aih. Zaman pasport biru. Itu masa aku darjah satu tu. Berapa umur lu bro ops pakcik. Hahaha

      Yup abby sheik. Tak payah kensl muka. Dengar suara aje dah tau.

      Delete
  2. Pengantin yang dari Singapore yang lelaki atau perempuan?
    Kagum aku.
    Gembiralah aku tengok Melayu yang mampu ni semua di Singapore. Tapi aku takdelah kawan cam gini, aku jenis duk rumah Flet aje. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laki cik dep.Aku pun macam ko rasa bangga ada lagi melayu macamnie kat singapore. Layanan pun baik dari keluarga mereka. Aku kagum sangat.

      Delete
    2. Ada rezeki boleh datang rumah flat ko isap rokok eh kalau sudi.

      Delete