Tuesday, October 6, 2015

MOVIE1 BARRICADE

 
Takde yang paling best dalam Movie 1 melainkan kereta polis Ford Mustang Saleen yang ruggednie.  Nama dia Barricade. Decepticon Terang-terang ada lambang decepticon kat tepi pintu.

To punish and enslave. Memang moto geng jahat punya. Dah 9 tahun kat tangan aku. Tahun depan rasa boleh sambut 10th anniversary untuk dia dan movie 1 sekali. Hopefully re-released balik so sapa yang tak dapat beli sekarang pasal jual mahalboleh dapat sekali macam aku punya. Dulu baru harganya cuma RM50.00. Sekrang entah Jarang Nampak. Tapi yang premium (ada nombor 911 bawah to punish nad enslavetu) dah jejak RM400.00.

 
Anyway, pada masa yang sama 9 tahun lepas selepas beberapa bulan movie keluar, Hasbro keluarkan satu lagi versi Selepas kereta polis, keluar pulak kereta peronda pak guard. Warna biru kelabu. Yang favourite still yang kereta polis tu. Even pada waktu itu kalau perasan ada bayak kereta yang cat dan touch up jadi keta polis hitam tu. Wira pun ada aku Nampak solek macam tu.

 
Memang cetakan yang sama. Tapi cuma untuk movie satu aje. Untuk Barricade kereta polis, sampai dark of the moon still ada keluar patern yang sama cuma cara transform dan isian senjata dan programe yang berbeza.

 
Macam dalam movie yang pertama jugak, radioator grill depan boleh bukak untuk...

 
Frenzy keluar dari situ. Frenzynie robot perisikan yang boleh transform jadi radio mini kompo yang curi data dalam Air Force One setelah Blackout dan Scorponox gagal  misinya di Arab.

 
Robot mode dia pun kemas dan cantik. Memang nampak jahatnya. Tapi nak completekan kombo koleksi Barricade aku adalah bila aku juga dapat..

yang diorama filem punya. Ini merupakan siri diorama yang pertama keluar unuk movie 1. Ada Barricade yang sama dengan yang aku, ada Sam Witwicky dan Makeila tengah kena kejar dengan Frenzy.

 
Ini merupakan diorama dalam movie masa diaorang kena kejar dengan Barricade sebelum Bumblebee dating selamatkan diorang. Yang ini memang special. Perlu dalam kotak bukan niat nak jual balik tapi diorama memang kena display macam ini. Lagipun ...
 
dah ada yang ini untuk dipegang. Kalau dah ada yang ini pun dah cukup sweet bagi aku. To have the other just a special bonus.

2 comments:

  1. thanks for the background story..
    slow aku baca nak pahamkan, tapi berjaya. Tulis panjang2 takpe, aku suka.
    Radio compo tu hah, aku quite familiar hahaha

    ReplyDelete