Saturday, June 30, 2012

SPECIALIST RACHET

 Sama macam cerita rachet movie yang lain ccuma warna Hummernie dah jadi merah
Ok selamat malam. Dah ngantukla.

Thursday, June 28, 2012

TRANSFORMERS PRIME CLIFFJUMPER

Nie watak yang paling aku kesian dalan Transformers Prime. Baru tayang pilot episode dah mati terus.
 Merupakan partner Arcee dalam siri ini. Mati ditangan starscream setelah dia ditangkap semasa hendak menyerang hendap decepticon yang sedang mencari energon.
Beliau mati setelah diseksa teruk oleh starscream tak tak dapat  diselamatkan oleh pasukan autobotnya. Malah mayatnya telah dihidupkan semula ole megatron sebagai monster menggunaka dark energon dan hampir membunuh rakan-rakannya.
Yang aku adanie yang basic version dia. Terbaru geng Jepun ada keluarkan yang monster version punya. Lagi ngeri rupanya dari yang ini.

Tuesday, June 26, 2012

KRE-O OPTIMUS PRIME

KRE-O merupakan siri mainan baru dalam Hasbro. Kira nak lawan Legolanie. Semua blok-blok dia boleh bercantum denagn Lego pasal saiz dia sama. Masa perlancaran movie yang ketiga tempoh hari, terselit jugakla transformers untuk model KRE-O nie. Jadi, ini merupakan KRE-O set aku yang pertama. Aku ambik  optimus prime. Ini yang base model 90 keping. Ada yang lagi besar dan lagi banyak blok.
Ini yang paling murah. Anda boleh dapatkan di pasaraya Tesco yang terdekat pada harga RM37.00. Tesco yang paling murah jual. Bila buka pek dia sama macam lego bungkus. Yang uniknya untuk KRE-O modelnie, blok yang sama boleh buat robot dan juga vehicle mode. Kalau tengok gambar atastu, yang tengah tu manual dia nak dekat 40 mukasurat.
Jadi aku tryla pasang semalam. Memang mudah tapi makan masala. Yang bestnya  anda tidak akan stress pasal cara memasangnya diterangkan satu satu.Cuma makan masa sikit.Kena selak satu-satu mukasurat sebanyak 40 mukasurat.
Untuk aku jadikan truck mode sahaja ambik masa 1 jam. Nie baru 90 kepaing. Bayangkan kalau yang model 200 hinggan 300 keping
Nak jadikan robot, anda kena ceraikan semula pasal dia bukan jenis dah siap jadi truck boleh transfor jadi robot. Tu kena beli robot. Kalau tak nak cerai-ceraikan, belilah dua set lagi senang pasal nak ceraikan balik ada part yang susah sampai ada yang aku terpaksa gigit untuk buka semula.
Apapun bagi aku memang merelakskan. Aku recomendkan pada semua pasal murah dan boleh layan bersama anak-anak. Macam aku yang anak isteri jauhnie, aku rasa dapat sedikit sebanyak meluangkan masa lapang weekdays sebelum weekend untuk dihabiskan untuk anak isteri.Aku lepas ni nak cuba yang lagi bayak blok punya. Bolehla beli pasal yangnie berlambak pasal tak laku. Tunggu Tesco turunkan harga lagi, lagi aku borong. Aku rasa kat display rack aku nanti aku nak reservekan satu segment untuk Transformers KRE-O nie. Very nice. Aku bagi 5 out of 5 nasi ambang.

Saturday, June 23, 2012

KOREA DAY 3 (12/4/2012)

 Trip 2 hari ke Pulai Jeju dah habis. Pagi-pagi lepas sarapan terus pergi ke Jeju International Airport untuk ambik flight balik ke Seoul.
 Aisyah dan mak bergambar kat dalam airport yang gak sibuk pagitu.
 Sampai aje kami dibawa kesini. Terletak kat daerah IncheonTengok gambar amoi seksitu tak kena langsung dengan tepat yang aku pergi. Ada taman salji pakai model nak bogelnie.
 Dalam tamannie merupakan tempat main salji indoor. Aku sekeluarga sempat jugakla naik ski sledge kat sini.
 Nie Aistyah yang pakai baju sejuk yang pusat tu sediakan. Nie yang paling kecik. Dah macam Dr octupus
 Dah nak balik sempat lagi possing kat platform Sukan Asia 2014
 Dah siap tu kami dibawa ketempat petik strawberi macam kat Cameron highlandtu. Cuma kat sina memang dah sejuk tak perlu tanam kat tanah tinggi.
Aisyah sedang menikmati strawberi
 Sambil didukung oleh tukang jaga ladang strawberi tu.
 Tak jauh dari tempat strawberi tu, kami dibawa ke rumah tradisonal Korea untuk memakai hambok macam yang bini aku pakai.
Kat situ jugak kami berpeluang untuk belajar buat Kimchi.


                                      
 Lepastu kami dibawa makan malam awal. Ini adalah santapan malamnie.
Tapi main course dia yang ganas. Tu dia sotong masak steambot. Yang bestnya, sotong habis boleh top up lagi table aku 3 kali top up. Yela meja bawak mak-mak baby. Kena banyak makan.
Malamtu makan awal pasal perjalanan lepastu agak jauh pasal nak balik Johor pergi JPO.

 Sebenarnya kat sana pun ada Premium outlet jugak macam kat Johor. Sebiji rupanya. Aku rasa pun tak berapa releven nak kesini. Sama aje malah lagi mahal barangnya pasal nilai duit sana yang tinggi. Dekat satu jam jugak pulaktu kat situ.
 Selepas satu jam lagi perjalanan pulang, akhirnya sampaila ke hotel penginapan pertama kat Seoul. Walau pun hanya 2.5 bintang aje tarafnya, dry cleaning punya mesin basuh pun ada. Kalau tau ada mesin basuh, tak payah bawah baju banyak-banyak. Buat berat kouta aje.
So tamatla hari ketiga kat Korea dan hari pertama kat Seoul.

Wednesday, June 20, 2012

TRANSFORMERS PRIME HOT SHOT

 Gambar atasnie adalah salah satu watak baru untuk siri animasi Transformers Prime iaitu hoshot. Setakat ini aku dah tengok season 2 episode 15 tak jumpa lagi watak dia.
 Dia identical sekali macam bumblebee. Gambar atasnie adalah vehicle mode bumbleebee dan hotshot.
 Nama aje hotshot. Tapi kalau ikut design kepala macam kepala scattershot dari siri Galaxy Force(cybertron)
 Gambar bawahtu robot mode dia bersama bumbleebee di sebelah kiri. Selalunya bumblebee identical dengan cliffjumper tapi bukan untuk siri ini. Hotshot yang dipilih.


Monday, June 18, 2012

CYBERFIRE BUMBLEBEE

 Ok. Nie daalah salah satu bumblebee yang dikeluarkan untuk Movie DOTM. Namanya Cyberfire bumblebee. Mata yang merah tu menunjukakan betapa terbakarnya dia. Gambar bawahtu salah sedikit tentang bumblebeenie.
Tapi yang bestnya adalah vehicle mode dia yang menjadi Chevy Camaro yang dah kena airbrush patern api terbakar.
 Dengan cermin tinkap besi, mesti kalau tak untuk beracing, mesti untuk bawak pergi perang pergi perang

Sunday, June 17, 2012

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE OPTIMUS PRIME


Akhirnya dapat jugak upload transformers lagi. Aku tak berapa biasa dengan layout blog yang baru nie.
Rupanay upload ganbar dulu gambar baru pilih mana nak bubuh. Nie tak dapat aku main delete dan buat balik. Dan akhirnya boleh jugak. Cerita Korea pun tak sambung lagi.
So nak mulakan cerita, cuti sekolah aritu, 31/5/2012 bini aku telah mengajak aku pergi bercuti ke USS Sentosa Singapura bersama Miniconaisyah dan anak-anak menakan. Biasalah roller coaster, transformers the ride, shrek 4D dan macam-macamla. Memang pukul 10am buka sam pai 7pm nak tutup habis masa kat dalam tu. Memang puasla. Dan nak balik biasala, cenderamata kena beli. Baju, keychain dan fridge magnet memang wajibla. Tapi yangnie memang menarik hati aku. Harganya aje dah cukup buat mata aku terbeliak SGD179.90 (dekat RM450 duit kita). Tapi oleh kerana dah banyak kali kena bila dalam hati kata lain kali, last-last tak dapat terus, jadi aku mengambil keputusan untuk sambar terus tanpa berkata apa-apa.
Ini merupakan deluxe class optimus prime incliding trailer USS version yang ediesi khas sempena Cybertron Convention yang pertama kat USS kalau tak silap pada bulan Mei aritu jugak dan juga sempena pembukaan Transformers The Ride yang best gila aku naik aritu.
Dia macam deluxe class yang biasa kita beli kat TESCO tu pada harga RM59.90 aje dan yang dengan kontena belakang boleh didapati pada harga RM120.00.
Cuma yangnie contena belakang dia dah di corakkan untuk mempromosi Transformers The Ride yang baru dibuka. Kontena nie juga cukup muat untuk mengangkut 2 lagi deluxe transformers yang lain
Lakaran kat atas kontena.
Ada sticker USS kat atas truck optimus prime.
Aku rasa tak ralat sangat ambik yangnie pasal selalunya yang special dan limited edition nie cuma boleh dapat kat Jepun aje. Kalau nak beli kat e-bay pun mahal. Yang ini aje kat e-bay local seller kita jual sampai harga RM 800.00. Sapa nak aku boleh runnerkan. RM 500.00 aje. Upah top upkan auto pass aku aje SGD 20.00. Kalu ada lagila. Hehehehe.