Tuesday, June 26, 2012

KRE-O OPTIMUS PRIME

KRE-O merupakan siri mainan baru dalam Hasbro. Kira nak lawan Legolanie. Semua blok-blok dia boleh bercantum denagn Lego pasal saiz dia sama. Masa perlancaran movie yang ketiga tempoh hari, terselit jugakla transformers untuk model KRE-O nie. Jadi, ini merupakan KRE-O set aku yang pertama. Aku ambik  optimus prime. Ini yang base model 90 keping. Ada yang lagi besar dan lagi banyak blok.
Ini yang paling murah. Anda boleh dapatkan di pasaraya Tesco yang terdekat pada harga RM37.00. Tesco yang paling murah jual. Bila buka pek dia sama macam lego bungkus. Yang uniknya untuk KRE-O modelnie, blok yang sama boleh buat robot dan juga vehicle mode. Kalau tengok gambar atastu, yang tengah tu manual dia nak dekat 40 mukasurat.
Jadi aku tryla pasang semalam. Memang mudah tapi makan masala. Yang bestnya  anda tidak akan stress pasal cara memasangnya diterangkan satu satu.Cuma makan masa sikit.Kena selak satu-satu mukasurat sebanyak 40 mukasurat.
Untuk aku jadikan truck mode sahaja ambik masa 1 jam. Nie baru 90 kepaing. Bayangkan kalau yang model 200 hinggan 300 keping
Nak jadikan robot, anda kena ceraikan semula pasal dia bukan jenis dah siap jadi truck boleh transfor jadi robot. Tu kena beli robot. Kalau tak nak cerai-ceraikan, belilah dua set lagi senang pasal nak ceraikan balik ada part yang susah sampai ada yang aku terpaksa gigit untuk buka semula.
Apapun bagi aku memang merelakskan. Aku recomendkan pada semua pasal murah dan boleh layan bersama anak-anak. Macam aku yang anak isteri jauhnie, aku rasa dapat sedikit sebanyak meluangkan masa lapang weekdays sebelum weekend untuk dihabiskan untuk anak isteri.Aku lepas ni nak cuba yang lagi bayak blok punya. Bolehla beli pasal yangnie berlambak pasal tak laku. Tunggu Tesco turunkan harga lagi, lagi aku borong. Aku rasa kat display rack aku nanti aku nak reservekan satu segment untuk Transformers KRE-O nie. Very nice. Aku bagi 5 out of 5 nasi ambang.

No comments:

Post a Comment