Tuesday, September 30, 2014

CROMOX ANTHOLOGY


Aku rasa bagi yang takde CD dan kaset Cromox mesti ada albumnie. Ada kombo 6 album Cromox sekaligus. Portdy belikan untuk aku haritu rasa tak sampai RM50.00. Okla bagi aku. Aku tak dapat menikmati Cromox masa era sekolah dulu pasal geng-geng yang dengar group-groupnie duduk belah kampung. Aku belah bandar dengar Nirvana, Ramones, Oasis dan macam-macam lagila. Metallica, GNR masuk geng kampung lagi. Boleh dengar tapi tak mendalamla.  


So dapat peluang macamnie aku sambarla. Aku tau ramai tak puas hati dengan packaging ala-ala VCD gusti lewat 90annie serta inlay yang tak berapa ikhlasla. Bagi aku, aku tak kisah sangat. Yang penting lagunya. Ye memang orang cakap sedut aje mp3. Tapi rip sendiri dari cd yang kita beli rasa macam bertanggungjawab sikitla dan kita still ada original copynya.Itu yang paling penting. Memang art patut dibeli.


Complaint aku cuma pakaging macamnie nice untuk display kat rack pasal dia besar dan menonjol. Kalau takut kena rembat, selit kat boxset gusti orang tak perasan. Bagi aku yang suka bawak cd dalam kereta ataupun dengar kat rumah. Agak leceh sikitla. Aku tak berapa suka masuk CD dalam beg cd  yang ada zip tu.


Mungkin complaint orang dan keluhan aku didengar oleh EMI atau dia nak sedut lagi duit kita. Kalau keluar Vynil pulak kompom nak sembelih mat-mat metal Malaysia.Hahaha. So rasa dalam bulan lepas dia orang keluarkan satu persatu album Cromox. 


Okla. RM16.90 satu. Nak masuk level CDR1M rasa lagi 5-6 tahun lagi. Inlay pun ok. Macam kat kaset. Rasa lipat lagi kecik muat kat kotak kaset dulu. Boleh kumpul pelan-pelan. Nak beli semua budget  dah lari ke robot sikit haritu.  So aku ambik Forever In Time where I left at school last dengar.Yang ada kaset aje boleh salinla ke CD pasal yangnie sound much much more better. Koleksi kasettu dah boleh masuk display box yang boleh di beli kat Daiso kat dalam banyak Jusco. Jangan bagi sampai isteri terbuang atau terjatuh ke level CDR1M. Keep save.


Yang Anthology tu, boleh jadi checklist untuk kumpul album satu-satu. Dah beli boleh tick. So nanti tak terbeli dua kali benda yang sama. CD dah berlambak takut tak perassan terbeli 2 kali. Lagi satu bab hargatu, aku rasa lama-lama boleh drop sampai RM10.00 macam album-album Search dan Wings yang direleased semula. So tak perlula beli kat orang yang jual online RM60.00 satu. Kat Speedy berlambak. Belilah sekarang. Sebulan satu pun takpe.

Monday, September 29, 2014

BEAST MACHINES TANKOR(VEHICON)


Jarang sekali Hasbro atau Takara buat tribute untuk Beast wars atau Beast Machines. Tapi untuk ulang tahun yang ke 30nie, aku dah nampak 3 yang dah dan akan release. Salah satu yang released adalah yang ini dari siri Beast Machines iaitu Vehicon Tankor.


pADA MASA BEAST MACHINESNIE DAH TAKDE LAGI GOLONGAN DECEPTICON ATAU AUTOBOT. Masih lagi ada dua puak tapi namanya dah lain. Satu puak adalah beastbots yang diketuai oleh Optimus Primate(optimus Prime Gorilla) dan yang Tankornie dari golongan Vehicon yang diketuai oleh Megatron(naga besar).


Ini version tahunnie. Tak banyak beza dengan yang asal keluran 90an. hampir sama. Rasa moulding yang sama. The nice part aku bidding RM13.00 dah dapat dari China punya seller. Tah mana dapat lubang tah. tapi rasa pasal beast machines tak ramai yang berminat,tu yang murahtu.


Tapi nak cerita pasal tankornie memang sedihla. Dianie masa Beast Wars adalah Rhinox. Orang kanan Optimus Primal yang boleh jadi badak sumbu.Selepas cosmic ray masa episod last penutup last beast wars nak masuk beast machines, tak tau macamana Rhinox hilang dan megatron dah ada tentera Vehiconnie(aku dah lost kat sini pasal tak ikut perkembangan sangat) Kerja vehiconnnie disuruh oleh Megatron untuk bunuh beastbots yang ada kat cybertron pasal dia tak mau ada hidupan organik kat Cybertron.Macam penghapusan etnikla. So Megatron ada 3 set vehicon dan Tankor(Rhinox) adalah salah satu orang kanan dia. 


Yang beastbot dapat tahu yang Tankor nie Rhinox apabila Rattrap(Bumblebee tikus) tercucuk ekor dia untuk download data dan mencorrupkan Tankor. Kat situ dapat tau yang Tankortu Rhinox. Pernah diculik untuk diubat dan hampir berjaya namun bila disiasat memang hati dan sanubari dia memang nak jadi Vehicon. So Optimus tak boleh halang pasal itu kehendak dia sendiri. Memang sedih jugak masa optimus suruh lepaskan balik dia selepas segala usaha mengubat dan memujuk gagal. Well, untuk siri yang ke 30 tahunnie juga , Rhinox juga dikeluarkan. Insyallah ada rezeki adalah.Marikita memburu badak sumbu pulak.

Sunday, September 21, 2014

MALAYSIA (4) LAWAN KEMBOJA(1)

 
Lebih sepuluh tahun tak pergi Stadium Shah Alam tengok bola. Walaupun friendly tapi agak teruja jugakla.

 
Pasal friendly, so beranila turun pasal orang tak ramai.  Kereta keluar masuk pun senang. Nak shopping pun senang.

 
Ini aku tak expect. Friendly pun dah RM20.00. Hatga sekarang kot. Kalau dulu setakat friendly paling mahal pun RM5.00. Tu siap motor boleh parking tepi seat. Mostly freela kalau game persahabatantu yang biasa-biasa aje. Malam semalam punya persahabatan kelas A.

 
Masuk-masuk ingat game baru nak start,

 
Rupanya dah nak habis first half. Bila pulak bola Malaysia start pukul lapan pun aku tak tahu. Selalu 8:45 baru start. Jadi tinggal 5 minit lagila first half aku. Malaysia tengah leading 2-0.

 
Aku port kat belakang bench kemboja. Lengang pun takde orang. So senang hisap rokok. Tapi time rehat penuh, orang pegi pagar tepi nak ambik gambar Dollah salleh dengan palyer masuk terowong.

 
Ultra Malaysia kat corner sana. Tak berhenti-henti nyanyi.

 
Nie dua beradik main keja-kejar masa waktu rehat.

 
Second half dah nak start.

 Kat site aku nie aje orang yang ada.

 
Apek tengah save bola.

 
Nie yang kat belakang aku. Bolehla.

 
Piya nak masuk.

 
Safee pulak nak masuk.


Geng drum Selangor kat atastu. tak ramai tapi dengarla jugak bunyi.

 
Kerap jugak kena attack second half. Bolos satu jugak Malaysia. Second half Malaysia goal lagi 2 biji. Joseph Kallang T dengan Badrol Bakthiar.

 
Final score
 
Yeah menang.
 
Dollah sedang diinterview.
 
Area aku duduk penuhla time player masuk terowong.

 
Respek player Malaysiala. Paling terukpun diaorang semua lambai dan senyum pada semua penyokong yang tunggu diaorang. Termasuk Dollah sekali. Apekla paling best, senyum dengan tepuk tak putus-putus sampai dalam terowong.

 
Sebelum balik shopping jap beli banner. Baju dan banner team kebangsaan dan tempatan boleh tahan murahnya.

 
Balik pun tak jem siap FRU escort lagi balik pasal hisap rokok dalam stadium. Hahaha.

 
Nie banner yang aku beli. Sokong FAM. Hahahaha.

Saturday, September 20, 2014

G1 TARGETMASTER CYCLONUS


Cuti Hari Malaysia haritu berpeluang jugakla aku untuk kemas dan buat inventory sikit robot aku. Adala sekotak lagi yang tak keluar. Jadi hari tu sempatla keluar kan sikit dan lap-lap sikit yang ber habuk dan masukkan kat display rac. Takde beli rak baru, cuma kasi sumbat ruang-ruang kosong yang ada..


Bila buka-buka, ternampakla aku robotnie. Antara robot yang aku paling respek dan sayang. Aku beli kat One Utama hampir 6 tahun lepas kat sebuah kedai kat west wing tak salah aku sebelum sampai ke Jusco. Bulan lepas ada jugak pergi balik cari kedaitu tapi tak jumpa. Mungkin dah tutup atau aku sesat. Mungkin salah wing. Jusco jumpa. Specialnya robotnie timetu sampai aku skip(atau lupa) untuk beli MCFarlane punya pop 3D album cover Master Of Puppets dan beli robotnie dengan CD Blur The Great Escape. Nama robotnie Cyclonus. Orang paling kana dan paling setia dengan Galvatron.


Kalau Megatron orang kanan dia Starscream. Selepas Megatron mati dan diresurrected balik sebagai Galvatron, Uniicron bagi Galvatron Cyclonus sebagai orang kanan. Ini semua anda boleh download atau beli DVD Transformers G1 The Movie "Till All Are One". Kalau Starscream suka tikam Megatron dari belakang, Cyclonu merupakan Decepticon yang setia dan taat dengan perintah Galvatron.Tak pernah melawan. Kena marah pun angguk aje. Tapi autobot paling takut dengan Cyclonus pasal kalau turun padang,memang susah nak menang dan kadang-kadang kalah. Lagi satu yang aku respek denagn Cyclonusnie, walaupun digerunni oleh autobot, dia selalu boleh dibuat runding oleh autobot. Kira pegawai diplomatik jugakla buat Decepticon.  Yang aku punyanie adalah keluaran Cyclonus yang pertama selepas yang keluar dula pada awal 1980an untuk G1 yang siapa ada sekarang mau dekat RM600.00. Even untuk kartun pun aku rasa cyclonus hanya habis kat G1 dan targetmaster sahaja. Lepastu robot nama cyclonus aje ada tapi bukan sebagai Cyclonus yang G1nie. Last sekali "The Real Cyclonus" muncul adalah pada opening musim terakhir Animated untuk opening musim menyerang Autobot Base kat angkasa lepas yang dikawal Rodimus Major(Rodimus Prime muda). Tu ahmpir 6 tahun dulu jugak. Lepas dah tak keluar lagi. Yang aku ada adalah keluaran semula under Generations Cyclonus versi target master. 


Dalam versi targetmaster dan headmaster, tiap-tiap autobot akan dapat seorang headmaster atau targetmaster. Cyclonus dapat targetmaster. Robot kecik tu adalah targetmaster dia yang namanya Night Stick. Kalau headmaster, robot kecik tu jadi kepala untuk robot besar. Yang kecik tu bukan robot sebenarnya, cuma macam baju yang boleh transform  boleh jadi pistol atau kepala yang dipakai dan dipandu oleh orang Nebulon dan planet Nebulus. Dah jauhdah ceritanie.Orang yang hanya tau basic cerita G1 aje mesti pening baca cerita advance G1 akunie. Nie tak masuk cerita Megazarak lagi.


Nie Night Stick jadi senapang Cyclonus. Simple transformation aje. 


Nie plane mode cyclonus yang Night Stick pandu. Cyclonus juga merupakan pesawat yang bawak Galvatron kemana-mana. Jadi Galvatron tak payah terbang sendiri. 


Memang tak berapa lawa macam Starscream tapi watak Cyclonus tu yang best dan special bagi aku. Harap-harap keluarla versi baru untuk dia untuk siri  kartun atau games pada masa akan datang.