Thursday, September 4, 2014

BUGATTI VEYRON (AUTOBOT DRIFT)


Satu kebanggaan bagi aku pasal bukan mudah nak beli model Bugatti Veyron pada harga yang agak berpatutan. Yela, model hotwhells kecil yang aku beli RM7.50 aje ada orang beli balik kat aku dekat RM50.00. Ini menunjukkan betapa respectnya orang kat kereta yang terbaik pernah dikeluarkan di dunia.


Walaupun harga RM74.00 agak mahal bagi Transformers deluxe class yang selalunya cuma RM50.00 aje. Jika dibandingkan dengan harga replica Veyron lain yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit dipasaran, aku rasa orang yang ada kereta yang sebenar sahaja yang mampu beli.


Semua orang tahu bahawa ini merupakan kereta pertama yang mempunyai 1000 kuasa kuda dan yang paling laju kat bumi. Harganya yang berjuta ringgit memang hanya orang ada-ada aje yang boleh memilikinya. Tapi terima kasih kepada Transformers movie yang barunie, hampir semua orang boleh memiliki Bugatti Veyronnie. But the best part untuk Veyron yang ini,


Ianya merupakan autobot Drift dalam siri movie yang keempat Age of Extinction.


Drift merupakan autobot ninja dalam siri movie yang barunie. Dalam Siri games baru juga pun boleh nampak Drift beraksi sebagai Bugatti Veyron. So harap-harap lepasnie, Lamborghini Eventador Lockdownla. Tapi tak nampak lagi kat Tesco. So,the hunt still going.

No comments:

Post a Comment