Wednesday, June 24, 2015

2015 RID OPTIMUS PRIME

Ini merupakan Optimus Prime bagi siri kartun yang baru untuk tahun ini iaitu Transformers Robot In Disguise 2015. Yang tak boleh tahan tu gambar Optimus kat kotaktu. Optimus Prime senyum. Agak pelikla. Selalu memang jarang tengok Optimus Prime senyum.


Untuk siri kartun yang barunie, Optimus Primenya agak basic tanpa sebarang senjata dan upgrade khas pasal dalam cerita dianie kira baru dapat pangkat Prime. Still dalam training lagi. Even dalam kartun pun cuma keluar masa episod pembukaan dan penutup musim pertama sahaja. Sebenarnya untuk kartun yang barunie, ianya berkisar tentang Bumblebee dan pasukannya sahaja yang dihantar ke bumi untuk menangkap hampir 300 tahanan penjara yang kebanyakkannya decepticon setelah kapal banduan Alcamore terhempas kat bumi. Itupun dengan arahan Optimus Prime secara sulit kepada Bumblebee.


Kalau ada bumblebee nanti boleh sambung cerita pasal misi dia lagi. Tapi buat yang ini kita tumpukan untuk Optimus Prime yang baru ini. Teknologi pun makain jauh dah sekarang. Dah takde bagi manual untuk jadikanrobot. Pasal senang dan mudah, dia bubuh aje kat cardboard. Harga makin mahal tapi makain kurang barang dapat. Ceh.


So ini truck mode dia. Siap dengan trailer belakang sekali. Nampak smartla. Aku Try cari yang versi hitam pulak nanti.Lagi ganas aku tengok kat internet.


Lambang autobot tu boleh scan akt telefon pintar untuk activate karektor kat apps dia. aku tak download lagi pasal ini adalah  Transformer RID 2015 aku yang pertama sekali.


Sungguh mudah. 3 kali steps dah jadi robot balik.  Kapak tu pun macam kapak Optimus game pulak. Dalam kartun dia ada pedang. Mungkin next upgrade ada kot pedang. Insyallah ada rezeki boleh ada Bumblebee, Sideswipe, Strong Aram, Fixit dan Grimlock(dinobot). Watak penting dalam siri ini. Yang tak boleh blah bagi aku Grimlock dia pasal dia lawak dan bodoh serta dia jadi T-Rex warna hijau. Itu untuk masa akan datangla.

4 comments:

  1. dahsyat betul la.. nanti kau belum abis collect yang series 2015, dah keluar 2016. sambung cerita ye kalau senang, aku curious jugak nak tahu series2 transformers sekarang berkisah apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah bro. Kalau ada masa kita jumpa bwk pendrive sedut aje semua siri transformers yg aku ada

      Delete
  2. OPTIMUS PRIME senyum sebab dia dapat buat duit senang dalam Siri ni...
    semua kerja keras Bumble Bee yang buat

    ReplyDelete