Wednesday, February 19, 2014

OASIS (STOP THE CLOCK)


Kalau tak kerana Oasisnie, aku , Haji dan Portdy mungkin takde talian silaturahim yang kuat sampai sekarang. Yela, Portdy Aerosmiths, Haji Blur dan aku pulak GNR tegar. So Oasis nie kira bus stop kami bertiga berjumpa naik bas yang sama. Ibarat macamtula. So as a tribute , aku nak cerita sikit pasal CDniela. Ni tak masuk kategori CDR1M ye.


Walaupun tulis kat situ free, aku kena beli kat e-bay seller RM20.00. Awek yang jual yang aku ingatla. Pasal no account dan return postage address nama perempuan. Tak pun bini orang yang lego CD laki dia. Tak pun dia promoter atau kerani kat Sony BMG. Deal pun kat luar e-bay pasal masatu belum pandai buat akaun lagi.
Ini CD satu.  Macam papan dart.
Selak sebelah CD dua pulak.


Ini yang aku marah. Masa beli tak marahla pasal rasa inila the ultimate the best untuk Oasis. Tiba-tiba 2-3 tahun keluar Time Flies pulak. Abah diala. How can you stop the clock but the time still flies?


So dah beli takpela. At least aku ada satu koleksi Oasis yang orang tak beli sangat. Portdy pun takde. Tapi dia boleh kerek dengan Time Flies set kotak diala.Hehehehe.


Discription bestla dengan gambar. Boleh lihat gambar line up awal Oasis(gambar atas), tengah-tengah perjalanan Oasis dan yang last (gambar bawah). Buku pun tebal dengan lirik dan gambar-gambar klasik British yang ada warna.


Memang dah lama tak dengar cerita daorangnie sekarang. Last pun aritu nyanyi Wonderwall kat closing Olympic tapi itu Beardy Eyes band Liam(atau Noel pasal aku dah lupa mana satu). Yang kat closing memang itu yang aku tunggu pasal itu yang paling best. Lepas Spices Girls terus masuk Wonderwall. Aku sendiri nyanyi kat rumah depan TV. Kalau dia biarkan penonton nyanyi sendiri sampai habis macam konsert dulu-dulu mesti lagi sayup dan epic. 90s memang bestla untuk diratap semula.


Lastly sebab utama aku beli albumnie adalah pasal masterplan aje. Pasal nak beli album masterplan cuma lagu masterplan aje yang aku minat. Lagi satu pasal tak tau ada Time Flies keluar. Rasa kalau tahu aku pun skip kot CDnie.So beli CDnie dapatla dengar lagu best at least sampai yang aku follow, Standing In The Shoulder of the Giant which Portdy still doesn't have it in his shoulder. Hehehehe

11 comments:

  1. antara band yang aku cuba dengar tapi tak boleh nak masuk...

    ntahlah...mungkin bukan zaman aku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan salah zaman tapi kita dah ada haluan masing-masing timenie. Macm aku Portdy dan HJ. Tu pasal digelar alternative. Ibarat saluran lain yang boleh nak dengar. Lagi satu timenie US menjajah. Britpop tengah layu sikit timenie sehinggala Spice Girls tampar balik.
      Tapi, bila Oasis buat konsert kat US, tiket semua sold out.

      Delete
  2. whats the story morning glory , aku suka title tu.
    Thank you, aku tak tau pun kewujudan cd ni, dan aku tak tau pun ada release nama time flies.
    kalau satu hari nanti aku nak cuba dengar oasis, aku beli la apa ko cerita ni sebagai starter pack.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sarankan start dengan album morning glorynie dulu. Lagu morning glory ni pun best. Wonderwall pun kat situ. Don't look back in anger pun kat situ jugak yang penyokong Chelsea parodykan jadi Don't look back in Wenger.Lawak jugakla kalau dapat dengar lagi radio cliptu.

      Delete
  3. Ko pernah dengar The Enemy? Band British.. Terkejut beruk aku tengok dorang open untuk Bon Jovi. Love at first sight.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious aku tak pernah tengok lagi. Nanti aku refer kat Portdy. Takut mostly geng-geng yang sama tapi band tukar nama macam PJ and Duncan jadi Ant and Deck.

      Delete
  4. Replies
    1. memang best bro. Tapi nak extra DVD dan poskad, belilah Time Flies. Lagu sama jugak.

      Delete
  5. ko sungkit Standing ....huaaa nangis woooo

    ReplyDelete
  6. Today is gonna be the day that I gonna throw it back to you. Sweet.

    ReplyDelete
  7. Album Stop The Clocks tapi yang ironinya tak ada lagu Stop The Clocks pun dalam compilation tu...

    ReplyDelete