Sunday, February 9, 2014

SOUNDWAVE GREATEST HITS(FALL OF CYBERTRON EDITION)


Aku pernak cerita pasal Soundwave Fall Of Cybertron(FOC) beberapa keluaran yang lalu.  tapi kali ini aku tampilkan satu set penuh FOC termasuk Soundblaster dan 4 lagi CD artis Cybetron.


Jika Sounswave G1 datang dengan kaset-kaset artis Cybertron, untuk FOC, Hasbro pun upgrade kaset mereka ke dalam CD. Remastered Collection kiranyala.


Jika beli Soundwave dan Soundblaster memang dah dapat 1 cd dalam badan dia, Dalam koleksi ini akan dapat lagi 4 cd tambahan. 


Jadi jumlah semua sekali 6 cd kompilasi dari artis-artis terhebat cybertron. Extra DVD takdeye.


Tiap badan boleh masuk 3 cd. Macam CD changer dalam kereta proton Waja. Senang tak payah masuk CD satu-satu.


Antara artis-artis yang terlibat  adalah Frenzy dan Rumble. Pakar drum kedua-duanya. Boleh retak dunia bila diaorang main. Tangantu patut kiri kanan ada jackhammer besar. Terdapat juga lagu duet mereka secara live semasa Optimus Prime lawan Megatron yang pertama kat bumi.


Tak lupa juga Cd lain yang menampilkan bekas ahli kumpulan the Ceagles, Lazerbeak, Ratbat dan Buzzaww. Terdapat 3 lagu baru reunion mereka. 1 lagu dalam setiap CD termasuk satu lagu live masa Starscream kena bunuh dengan Galvatron.


Tak lupa juga satu CD rap dan hip hop dari Ravage termasuk satu lagu tambahan untuk promosi movie yang baru yang akan keluar tahunnie.

Semua set nie dijual berasingan. Sondwave dan sounblaster boleh didapati di pasaraya tempatan. Manakala Cd-Cd tambahan hanya boleh didapati di kedai-kedai muzik yang mengambil bahagian di bumi dan cybertron sahaja.


3 comments:

  1. Agak2 kedai CDR1M take part tak?

    Anyway best entry ni

    ReplyDelete
  2. Ish best ni...dulu aku ingat lagi watak transformers ni yg ada kaset masok dalam badan dia ni...jadi radio pulak hahha

    ReplyDelete
  3. Adi, takpayah ingat. Ini memang orang yang sama cuma muncul dalam design baru dan kaset jadi CD

    Portluck, Nie tak masuk kedai CDR1M pasal takde subsidi dan dan ada GST. Hahaha.

    ReplyDelete