Friday, June 13, 2014

GUITAR HERO METALLICA

Ok camana nak start ceritaye. Tak taula kalau Guitar Heronie adalah satu penghargaan untuk Metallica atau publisiti murahan atau salah satu cara lagi untuk Metallica nak sedut duit peminat dia. Kalau kerana duit, aku rasa ini merupakan projek yang boleh dikira gagal pasal secondhand berlambak kat pasaran dalam talian serendah RM50.00 macam yang aku beli. Dan aku rasa kalau dalam sejuta peminat Metallica, rasa hanya ada 10% sahaja yang ada games console PS2,PS3 dan X-Box kat rumah. Yup versi PS2 pun aku ada perasan. So boleh carila DVD games lanun dia yang Harga RM5.00 bagi yang ada. Tapi sebab aku beli bukan pasal nak layan goreng solo hammet pakai joystick , tapi lagu side2 yang dia offer dari band lain yang ada main dalam games ini. Ada 20 artis jemputan untuk project Guitar Hero ini.


Gambar atas tu ada setlist Metallica dan guest artis dan lagu-lagu diaorang. Judas Priest pun ada selain Queen (stone cold Crazyla). Looking forward nak main lagu-lagu itu. Mungkin tak sehebat belajar goreng pakai guitar betul, tapi bagi aku ini pun dah cukup best dan mencabar walaupun tekan button joystick aje. Aku pernah test pakai guitar picit kat Takashimaya masa demo PS3 untuk Guita Hero 3 Rock legend, memang terkial-kial nak main walaupun pakai  joystick kat PS2 dah handaldah. Tom Morello sendiri cakap kat sisispan video Guitar Hero 3 yang dia sendiri kalah lawan budak one to one dengan dia pakai guitar betul.


Slash sendiri pun cakap dia layan main bendanie. Tapi kalau tak pasal Guitar Hero 3, aku tak kenal Dragonforce, tak dengar Rage Agaist The Machine dan tak dapat dengar rakaman semula Sex Pistols main Anarchy In UK. Itu zaman PS2, ini PS3, more advance,more online. Kalau dulu hanya boleh main sorang-sorang atau kena kumpul band main macam main kat studio aje. Dengan teknologi jalur lebarnie, aku boleh main guitar kat Pontian, Portdy jadi lead singer kat Tangkak dan Hj main drum kat Madinah. Memang agak bestla. Cuma semua kena beli sorang satu CDnie. Cuma satu aje yang tak bestnya bagi aku. For solo mode, aku terpaksa main ikut kempen dan module dia. Yang tak best first stage dia. Kena jadi penyanyi dulu. Tak macam yang lama kat PS2, on, cucuk joystick terus goreng. Punya la berpeluh aku nak nyanyi ikut tone yang telah ditentukan. Bukan pasal susah, tapi seganla pulak terlalak-lalak tone turun naik. Walaupun aku duduk kawasan kampung rumah jarak jauh-jauh, rasa macam orang biol pulak rasanya karaoke lagu Metallica. Orang karok lagu Ratnaku, aku for whom the bell toll, motor lalu depan rumah dengar ingat anak Cik Rahmatnie gila agaknya. Tapi takpela pelan-pelan habiskan programe karoknie dulu dengan tebal muka. Bayangkan Portdy nyanyi lagi Dream On Aerosmiths jerit kuat-kuat ikut tone kat Kuaters Kerajaan. Mahu kena halau.


So yang aku punya comes with this poster of antara list Guitar Hero yang dah keluar. Kalau ikut yang latest sikit, Van Halen pun ada dan Guitar Hero dah sampai 5 dah tak silap aku. Macam Beatles, Eminem dan GreenDay tak silap boleh beli Rock Band yang konsep sama macamnie. Yang latest konsep macamnie adalah Rocksmiths. Cuma Rocksmiths bagi lagu sikit. Nak lagi, belilah dalam talian tapi banyak pilihanla.


Pusing poster tadi ada gambar amp yang lawanie. Untuk peminat aku recomendla untuk beli gamesnie. Murah pun dan PS3 pun dalam RM700.00 pun dah dapat. Set guitar, mic dan drum baru boleh dapat RM300.00. Semua wireless bluetooth connect to PS3 anda. Kalau cukup kreatif, CD nie juga ada section compose laku kat studios menggunakan instruments playstation. Tak payan beli guitar dan drum betul. 


So rasa agak berbaloila modal sikit beli PS3.PS3 pun bukan untuk main games aje, boleh main blue ray, file movie,dvd, audio cd,pendive dan ada internet tv so tak payah nak modal lagi beli internet TV. Cuma portable hard disc tak boleh. Besar sangat kot nak baca. Tapi takpe, Yang latest version dah ada internal memory 500gb macam Portdy punya. PC RM1000.00 pun belum tentu dapat specs macamnie.


Yang Aerosmiths tu Portdy punya. Sori, ko punya takde poster eh. Jangan mintak aku pulak.

4 comments:

  1. Portdy jadi bahan haha.
    Ada salah satu edisi tu ada Alice Cooper School Out.

    HAH!!! exposure!! Aku apa lagi, lagi sogok la keunggulan lagu2 rock kuno gini haha.

    ReplyDelete
  2. Dulu selalu gak layan anak main guitar hero ni...versi lanun la...sampaikan anak aku terhafal lagu shout at the devil motley crue....tapi bila ps2 aku rosak..anak pun tahun exam...malas aku nak betulkan atau beli baru...

    ReplyDelete
  3. dah turun harga dah ps3? dah boleh la beli lepas ni..heheh

    ReplyDelete