Sunday, June 29, 2014

TRANSFORMERS MOVIE 4 AGE OF EXTINCTION


Khamis lepas ingatkan balik kerja dapat tengok terus. Rupanya tak dapat. Maklulmla orang semua dapat cuti free JDT menang liga. Tak semua pergi Larkin. Punya ramai orang. Tinggal tayangan lepas pukul 11:00 malam keatas sahaja yang ada. So aku ambikla tiket esoknya aje lepas solat Jumaat.


Nie petang Jumaat punya orang beratur beli tiket. 


Popcorn sampai aku tinggal last. Orang belakang dapat air aje.


So review sikitla., movie yang ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak. Bagi peminat movie ianya ada sikit sambungan dari Dark Of The Moon sikit selepas menang keatas decepticon, mereka kini diburu balik oleh manusia yang nak buat Transformers mereka sendiri. Pihak manusia pulak membuat perjanjian dengan Lockdown(Lamboghini Aventador) untuk manusia mendapatkan benih untuk mencipta Transformers di bumi. (bahasa kartunnya nak cybernetickan bumi). Sebagai balasan Lockdown cuma nak ambik spark autobot dan tangkap Optimus Prime hidup-hidup sebagai piala dia. Memang sebiji watak Lockdown animated sebagai pembunuh upahan.
Bagi peminat kereta, semua hyper dan sport car ada dalam cerita ini. Pagani Huayra, Lambo Aventador, Bugatti Veyron dan Camaro baru(bumblebee) semua membuat kemunculan dalam filem ini. Padanla harga deluxe class naik jadi RM72.00.
Megatron hidup balik hasil ciptaan manusia dan dipanggil sebagai Galvatron. Tapi takde banyak cerita pasal Galvatron. Mungkin untuk movie akan datang. Semua berkisar kat Lockdown sahaja.
Untuk kategori manusia, dah takde watak-watak manusia yang sebelum. Semua watak baru, cerita pun baru. Watak awek-awek seksi Shia Lebouf dah takde dah. Kalinie berkisar dengan keluarga Cade Yaeger(Mark Walberg) bapa tunggal yang menjaga anak perempuan dia.
Untuk peminat macam aku, yang first sekali tentula geng dinobot punya kemunculan. Dalam ceritanie, dinobot adalah tahanan atau piala Lockdown yang Optimus Prime lepaskan.Optimus kena bergelut dengan Grimlock Dula baru ikut cakap Optimus.
Kedua, Truck G1 optimus Prime beraksila. Memang cantik CGI masa dia transform.Dan yang last sekali Galvatronla. Tapi yang tu tunggu next moviela.
Cerita ok. Memang boleh bawah budak-budak. adegan romen-romen kurang. Tapi still rated PG13 pasal banyak sumpah seranahla jugak. 

Bagi 4.8 bintang. (tak cukupkan 5 pasal terlewat 3 minit masuk dah start)


9 comments:

  1. aku memang tunggu review dari real fans macam kau....org lain punya tak boleh pakai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok bro. Lagi satu pelakon byk org lama. Casey grammer jadi orang jahat. Optimus yg bunuh. Dan tu ammamt botak drama siri murder one berlakon watak mcm mat2 lembut sama watak dia dalam devil wears prada

      Delete
  2. semalam paper Singapore cerita pasal pengumpul Transformer yang berusia 32 tahun. Peminat sejak zaman budak2 dulu. Tunjuk foto kat rumah dia. Dia ada 2400 bijik koleksi Transformer.
    Waktu ada pameran sejarah Transformer di Spore, dia yang pinjamkan 1000 bijik, harga paling mahal dia beli ialah sekenhen dari orang lain $S1200.
    dahsyat koleksi dia.

    ReplyDelete
  3. Bestnye u all dpt cuti free kan. Kalau tiap tahun menang liga, kan best. Tapi JDT memang best lah main, memang maintain. Tapi apapun, tahniah JDT. Lain kalilah kami try menang lagi. :-)

    btw, mlm ni i pi tengok Transformer, ada kurang sikit orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa selalunya menang piala malaysia baru cuti. Takut tak dapatkot. Tu menang liga dah cuti. Tapi okla lama dah tak menang. Enjoy the movie.

      Delete
  4. watak2 dinobot mcm dibazirkanla~ ujung2 filem baru keluarla~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak sayangkan. Dahla tak keluar suara. Takde apa yang special bila dinobot keluar kecuali masa Optimus Prime tunggang Grimlock

      Delete
  5. Frasier jadi orang jahat? Huhu hilang humor nya...
    Anyway, at least kali ni jalan cerita lebih menarik dari Dark Of The Moon (aku siap tertido dalam pawagam masa tengok movie ni)....storyline ok, pemilihan Mark Wahlberg sebagai watak utama kira ok jugak la...

    ReplyDelete