Tuesday, December 23, 2014

REVENGE OF THE FALLEN'S SKYWARP


Selalu untuk 3 movie pertama, hanya starscream sahaja yang muncul. Yang kat Movie ke 3 dia dah mati Sam bunuh.  So untuk movie ke 4 memang takdela starscream. Dan dalam movie adalah satu-satunya jet pejuang decepticon. 


Selalunya dalam kartun ada klon atau kembar dia. Thundercracker, Skywarp, Dirge, Trust, Ramjet dan Acid Storm. Dan Paling kurang pun yang wajib ada 2 orang kanan dia Thundercracker dan Skywarp. So untuk movie jugak untuk menceriakan peminat animasi Transformers, diaorang keluarkan jugak Thundercracker dan Skywarp walaupun dalam movie wataktu tak wujud.. Yang atas biru tu thundercracker. Hasbro keluarkan. Jadi tak jadi masalah nak dapatkan masa movie ke duanie keluar.


Yang masalahnya yang warna ungunie. Skywarpnie hanya Takara yang keluarkan. Tu pasal agak lambat aku nak dapat pada harga yang berpatutan. Nia aku jumpa kat Batu Pahat masa hari jadi aku tempohari hampir 5 tahun selepas movie yang kedua dah keluar. Takde orang beli. So aku sebat. Harga pun dah bargain. RM80.00 dapat diskaun RM70.00. Current market price kalau ada pun jejak RM200.00 jugak sebiji.


Warnanya agak lawa sedikit dan pasal Takara Jepun yang keluarkan, warna pun Metalik.Tiap -tiap watak klon starscreamnie ada sifat yang berbeza tapi aku berapa ambik tahu sangat. Tapi semua memang ikut perintah Starscream dan Megatron.


Antara koleksi Starscream and Company yang aku complete. Yang lain mostly lopong-lopong lagi. Paling kurang salah sorang mesti tak cukup.


Memang cantik susun bersebelahan F22 Raptor. Malaysia ada 3 biji aje rasa negara-negara jiran mesti gerun.

Monday, December 22, 2014

AGE OF EXTINCTION BUMBLEBEE

Dah cerita yang besar, kita cerita pasal bumblebee yang deluxe untuk movie yang baru tempoh hari. 


Bumblebeenya walaupun kecil tapi agak aerodinamikla dan garang. Mungkin teknologi pembuatan mainan dah makin maju. Lagi accurate mengikut movie dan mudah nak transform.



Memang simple aje tapi sebiji RM72.90. Tesco pun bagi diskaun pun cuma dapat RM60.00 aje. So basicly Rekabentuk Bumblebee yang baru.  Memang tiap-tiap movie sebelum ini semua Bumbleebee yang sama cuma touch up warna, belang dan upgrade senjata. Yang ini memang jauh berbeza. Robot mode dia nampak more alienla.

Kereta mode still Chevrolet Camaro tapi tahun 2014 punya design.lampu depan dan belakang ada sepet sikit.


Lampu tu lupa nak cat merah pulak. Rasa macam nak hantar kat budak yang buat airbrush Gundam suruh spraykan.


Kepala yang kecik tu pun boleh design lambang autobot yang detail. Dulu main cop pakai cat aje. Memang teknologi dah meningkat dah. Nice.

Monday, December 15, 2014

HUNT FOR THE DECEPTICON ULTIMATE CLASS BUMBLEBEE


oK DAH LAMA TAK CERITA ROBOT. So, kita mula dengan Bumblebee yang ini.(sempena Harimau Malaya nak main final hitam kuning) Bumblebee paling besar diaorang pernah buat. Ini dikeluarkan selepas movie yang kedua keluar tapi dalam label Hunt For Decepticon. Ini merupakan Ultimate class punya level. Kira paling besarla. Pada movie yang pertama memang ada keluar yang Ultimate Class jugak tapi pasal terlalu mahal aku skip la. RM350.00 satu. 


Yangnie murah sikit. Masa keluar dula dalam RM200.00. Aku dapat pun pada harga yang lagi murah. RM160.00 aje. Tapi sekarang, yang nie nak beli pun nak demam jugak. Paling murah pun RM500.00. Keluar under masterpeice punya label dah jejak RM800.00. Yang special edition metallic tak perlu cakapla.Memang nicela yang besarnie. Lebih detail siap suara dan bunyi. Bunyi suara random macam dalam movie bumblebee pakai radio kereta untuk bual.


Lampu pun terang siap bunyi effect senjata seperti yang Aisysh demokan nie.



So detail siap kepala ada topeng yang Bumblebee pakai untuk pergi berlawan. Suara pun ada jugak dengan ayat-ayat lain pulak.


Aisyah demokan sekali lagi. Pakai topengnie dipanggil battle mode bumblebee.


Vehicle mode dia rasa dalam scale 1:18. So parking sebelah model Ferrari yang lain sama besarla.


Pasal besar. Kedetailan dia pun nampak kemas. Nombor plate pun jelas.


Lagi real bila lampu hidup macamnie. Macam kereta betul. Nasib baik takde remote control. Mesti lagi best.Yang tak bestnya, Aisyah bawak balik KL. Huhuhuhuhuhu. Takpela dia pun suka maknanya dia pandaila jaga.

Enjoy

Monday, December 8, 2014

SABTU DI 2 WHEEL FESTIVAL 2014 AT SPACE U8.


Terperasan masa tengok rancangan Selamat Pagi Malaysia Sabtu lepas. Oleh kerana berdekatan dengan rumah isteri aku festival ini, mandikan Aisyah awal-awal terus gerak pagi. Tak sampai lima minit dah sampai. Baru buka pukul 9 pagi. Tak ramai orang lagi tapi bunyi motor besar dah riuh dah di luar kompleks.


Tiket RM3.00 aje. Siap cop jadi dah keluar boleh masuk balik. Aisyah free aje. Gambar Aisyah possing dengan motor memang takde pasal dia takut tengok motor besar-besarnie. Yela, motor mak dengan abah dia kapchai aje. Aku nak angkut possing kat motor-moter kat sini nangis-nangis tak nak. So enjoyla gambar-gambar yang ada.






Huh. Apa ko buat kat C70nie. Rasa nak bawak aku punya yang ada gerabak sawit kat belakang possing sebelah tengok siapa crowd puller.




Lengang lagi. Tapi petang aku tengok jem dah tepi jalan ramai orang datang tengok.



Design-design Kawasaki yang baru.



Moto Guzi atas bawahnie favorite aku yang atas tu RM118000.



Kounter buat loan pun ada.



Diavel antara yang aku minat.



Vespatu yang paling murah kat sini. RM11000




Hayabusa