Monday, December 1, 2014

CUTI SEKOLAH DI PERAK 21-23/11/2014 (DAY 2 & 3)


Sorila cik Dep. Takde sangat gambar permandangan satu pasal hujan sepanjang 2 hari kat sini dan budak budaknie taknak berjalan sangat pasal kat hoteltu ada kolam. So memang nak pergi kolam ajela. Nie sarapan pagi kat kedai mamak belakang hoteltu selepas hantar isteri aku main bowling. Roti boom susu aje. Sedap jugak. Dua keping sorang pun habis.


Balik sarapan, terus tukar baju. Berenang sampai matahari tegak.


Lepas tengahari pergi tengok isteri aku main bowling dan makan tengahari kat Ipoh Mall habiskan kupon makan. Habis makan balik hotel. Budak-budak nak pergi mandi kolam lagi. Sambil jalan tu namapakla kedai makan cina nie yang ada jual nasi campur  melayu kot rasanya pasal melayu pun beratur. Aku ada pergi satu kedai makan cina buat macamtu kat Masai masa kerja Pasir Gudang dulu. Lauk mesti best pasal panjang beratur. 


So petang lepas puas budak-budak mandi kolam itu pun stop pasal dah hujan muka monyok semua, jemput isteri aku dari main bowling yang dia tewas. Tak tunggu penyampaian hadiah aku jemput terus. Budak-budak tidur kepenatan dalam kereta. So on the way balik isteri aku ajak pergi kedai makan yang budak-budak opis dia recommended. Siap bagi location kat What App lagi. Kedai makan nie jual sup belut specialties dia.

Terletak kat tengah-tengah bandar. Banyak orang makan nasi lemak ayam kampung tu. Akaknie kat depan kedai goreng ayan dengan belut kerjanya. Aku tak tahan tengok udangtu. Goreng tepung mesti kenyang makan.


Tapi tak ambik udangtu. Ambik nasi lemak ayam kampung jugak.Aku dengan isteri aku aje yang makan. Budak-budak semua tido kat meja makan aje. 


Kami juga jamah jugakla belut goreng. Banyaktu untuk dua orang. Isteri aku makan 3 ketul aje. aku yang kena habiskan.


Lagi sedap bagi aku belut gorengtu masuk dalam kuah sup tu. 


Bagi budak-budak, beli makannan bawah hotel aje. Ada food court bawahtu. So beli sate,


dan roti boom lagi. Mamak yang sama jual kat depan hotelnie cuma kat kedai pagi jual roti boom sekeping RM2.00, Malam kat hotel jual RM2.50. Hujan still turun lagi. Memang dah bagi budak-budak makan terus sambung tido. Aku pun agak letih layan budak-budak pun tertidur dengan TV terbukak konon nak Tengok Manut lawan Arsenal.
So besok paginya, Lepas kemas-kemas, budak-budak mandi kolam kejap. Muka pun monyok pasal kejap sangat. Check out hotel, makan roti boom lagi sarapan, terus balik KL.


Dah selamat semua kat rumah, aku pulak balik Johor lepas maghrib.

4 comments:

  1. aku tak pernah try makan belut...geli...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tryla. Kata banyak khasiat. Dengan tulang2 boleh makan.

      Delete
  2. Love your photos...
    Ipoh.... kuala kangsar...
    Ni semua memori aku kecik2...
    Dah tak tahu dah tempat ni semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. View memang klasik bro. Dengan bangunan lama dan kedai kopi cina dia. Tapi traffic jam, one way dan traffic light yg banyak spoil sikit dia punya keklasikannya

      Delete