Dah yang ke tiga. Mana pulak yang pertama dan kedua berlangsung. Yela takde muka buku. Hehehehe. Anyway aku sebenarnya dah lupa tarikh dan venue eventnie. Nasib baik ada budak opis aku cerita dan dia plan nak bawak anak dia. Ikutkan poster pun aku dah lupa. Tapi venue pun dia bagi tahu okla. Tak sesat walaupun dah puluh tahun tak main area Keramatnie. Sadly untuk programe kalinie Aisyah takde. Ada kelas mengaji. So terpaksala pergi sorang.
Jadi mintakla orang rumah hantar ke Komuter Batu 3. Takde gambo. Tapi masa duduk tunggu keretapi sampai(30minit sekali untuk weekend). Aku teringat Cik Dep cakap dia berlari dari flyover Batu 3 pastu panjat pagar stesen komuter macam PATI, Aku gelak sendiri.Aku boleh rasa bisa dan marah dia kejar last train lepas tengok bola. Hahahahahaha. Pastu tukar LRT Putra(Rapid KL nama dia sekarang) kat KL Sentral.Makin mudah rasanya public transport kat KL sekarang. Bawak IC top up penuh-penuh touch aje. So nak menuju ke stesen Damai. Aku dah lama tak naik LRT ke are belah sana. Last aku naik baru sebulan start bayar masa aku student. Sebulan aku balik rumah pakcik aku free ke Wangsa Maju. Baru bukak masa tu jajaran ke area Kuala Lumpur. Area ke rumah bini aku ke Lembah Klang dah bayor dah tapi masatu masih tak pandai main area situ. Naik moto aje.
Dalam pukul 10:00am dah sampai.Lama tak tengok permandangan area sini. Sayu jugakla. Nak start dah. Ramai jugak dalam LRT pakai baju karektor kartun kegemaran mereka.
Dari Stesyen Damai dah ada terusan direct ke Keramat Mall tempat event berlansung. Aku tak harap sangat event ini grandla. Yela moto pun No sponsor,no big companies,no sponsors, We do it Ourselves. Tapi mungkin merekanie golongan yang paiseh jugak macam aku dengan event-event yang terdahulu yang mengecewaka.
Tapi bila tengok poster kat UTCnie. Aku expect eventnie mesti best gila. Hahahahahaha
Memang best pun.Belum masuk pun dah nampak kereta Cobra Comander. Awal dia sampai. Baroness harap-harap ikut sekali.. Hehehe. Boleh bergambar.
Yup Charity event. Bayar seringgit aje masuk. Bayar lebih pun takpe. Even kat bawah tangga sebelum naik pun dah ada tabung untuk Persatuan Orang Kurang Upaya. Memang charity event sebenar-benarnya.
Sebelum masuk dewan utama dah di tunjukan dengan koleksi lego yang agak Grand. Memang cantik dia buat. Rumah Ghosbuster, Stay Puff Marshmallow man, Ecto 1. Teruja jugak aku.
Scooby Doo punya set pun ada kat situ.
Memang pack jugakla. Tu belum masuk dalam lagi Dan aku kira batch yang pertama sampai.
Dah masuk memang agak Grandla. Walaupun kecik aje dewannie tapi seluruh ruang memang padat.
Aku try nak naik kat atas pasal Cosplay punya awek banyak kat atas buat preparation. Tapi aku cari tangga tak jumpa.Adoiii
Pentas utama. Banyak event kalau sanggup sampai pukul 6 petang. Event sehari aje. Memang padatla programe. Cosplay, Lucky Draw, Toy tossing. Tapi aku tak tunggu sampai event startla. Just jalan-jalan tengok-tengok. Bank pun tak jumpa. Jadi budget sikit. Most kedai except cash aje.
Boleh possing ambik gambo kat tangan Wolverine.
Harley Quinn Favourite aku. Lawa pakai design Kamen Rider. Cuma aku tak tau size dia kecik. RM300.00 mantul jugak.
Nie aku taktau kedai Lego ke Kelab budak Lego.
Tapi memang Grand design dia orang punya Star Wars collection. Semua Lego Original bukan pakai yang takde brand RM3.90 punya. Ada yang jual dan ada yang tak. But mostly tak jual. Bagi fans telan air liur ajela.
Pameran rojak pun meriah jugak.Talipinggang Masked Rider, Power Ranger , Batman Pun ada. Semanagat amoitu. bercerita apa yang dia jual sampai berdiri
Millennium Falcon. Pameran sahaja. Jangan sentuh. Hahahaha.
Nie pun grand collection star wars dia. Helmet Storm Trooper paling murah RM800.00. Hingga RM3000.00 yang full carbon fibre. Boleh beli moto.
Terpusing sini balik. Masuk corner lain.
Wow. One Piece RM70.00 aje. Murah. Ada harga yang agak bargain jugakla.
Sambil sambiltu. Costplay satu-satu keluar.Deadpool dan yang hijau tu kau rasa Swamp Thing. Tapi swamp thing tak main senapang.Optimus Prime dan Bumblebee pun ada turun jugak
Kane dan Triple H pun ada.
Used toy pun ada. Perasan ada Bumblebee original G1. Tapi tak sempat pegang. Orang dah ambik beli. RM10.00. Celaka. Dia blah gelak-gelak bisik kat bini dia kata murah. Huh melepas. Takpe-takpe.
Dragon Ball dan The Simpson pun ada. Lawa Burma barutu.
Yangnie sapa yang minat back to the future rugi tak pergi. Memang complete colection dia.
Complete siap dengan hooverboard dan kasut nike tu.
Buku almanac pun ada. Semua rasa tak jual. Pasal tak letak harga. Best macamnie. Ada yang tak kisah nak jual barang just nak tunjuk koleksi masing-masing.
Owner pun pakai baju power rangers aje.
Metallica pun terlibat tapi aku tak tengok sangat baju-baju pasal size agak kecik-kecik. Size Bert kebanyakkannya. So malas nak tanya harga.
Nie koleksi Star Wars sebelah Back to the future. Rasa owner yang sama. Takut jugak tengok kepala Darth Vader tak pakai topitu.Boleh ngigau aku tidur malam.
John Cena pun ada.
Nie spoiler bagi akula. Pasal Hotwheels collector kat sini jual kereta agak mahal. Banyak booth pulak tu.Basicly semua yang harga RM7.90 dijual sampai 2-5 kali ganda.
Aku memang tak suka bila dah marking harga macamnie. Bila hotwheels kolektor gathering patutnya diaorang buat trade in sesama dengan collector atau bidding ajela koleksi mereka. Aku rasa itu lagi noble.
Kereta wagon Datsuntu sampai RM30.00. Tak pernah aku nampak kat Giant dan tesco. Aku nak satu ajepun.
Tapi diorang dah tapis siap-siap. Ambik. Siotla. Aku ada dengar cerita diorang dah deal dengan budak store Giant dan Tesco biar diorang bukak dulu ambik mana yang market demand tinggi untuk collector. Memang aku dah terasa kesusahan nak tambah koleksi Ferrari aku. Takpela still tak nampak bayang Bugatti Veyron macam aku. Masih boleh tersenyum lagi.
Tu yang jual baju. Samar pasal tak ambik port sangat
Yes. Transformers pun tak lupa jugak. Walaupun pameran ini didominasi oleh Lego dan Star Wars, Transformers pun tak kurang hebatnya. Ada yang aku ada dan ada yang aku takda.
Agak murahla bagi watak yang tak berapa laku.Harga pun murah.
Tapi bagi yang klasik macamnie agak mahalla.
Bersemangat jugak budak yang jual bercerita kat aku. Nice info. Dia susun koleksi ikut warna. Kalau Optimus merah seluruh rak dia semua merah. Bagusnya.Tapi rabakla kalau aku nak guna konseptu. Hahahahaha. Aku asal muat sudah. Dah sendatpun.Rasa kalu dia tengok koleksi aku pun geleng kepala jugak dia.
Ini pun best. Last show sebelum ke pintu keluar. Model keretapi. Ini yang advance punya. Aku Plarail budak-budak baru nak belajar punya. Tu yang jalantu replika Keretapi Tanah Melayu. Rasa Ekpress Rakyattu.
Orang yang punya koleksi pun dah seumur dengan Ekpress Rakyattu.
Takde orang ambik port. Lengangg aje section nie. Tapi memang layanla. Dan keretapi dia laju dan tak tergelincir pun. Nie yang pakai trek magnettu.
Diorama dia pun kemas. Memang cantik. Tah bila aku akan dapat buat macamtu. Tapi yang aku tau ini yang high end punya collection. Ini memang main ribu-ribu punya hobi.
Yang tu tak jual. Tapi parts dan diorama ada jual. Kalau ada colectornie mesti suka. Nak jugak beli untuk aku punya kolection tapi tengok scale macam kecik sikit dari aku. Takut tak matching.
So lepas exit aje ada koleksi patung kartun. Pagi tadi takde laginie.
Boleh gambo dengan Queen Amidala
Masa nak turun tangga still panjang lagi que.
Ops lupa. Kat tepi tangga nak turun ada koleksi Star Warslagi.
Siap ada tayangan movie lagi kat tepi tangga.
So turunla.Dah puasdah pun.
Kat bawah dah standby bagi siapa yang nak urut oleh golongan OKU yang standby. Memang nicela. Kalau tak pergi Sarawak rasa Datin Rosmah yang rasmikan eventnie.Memang heart warming.Takde jerit-jerit misic pun takde terkuat sangat macam kat disco atau funfair. Just nice. Budak menangis pun tak kedengaran.
Still panjang lagi kat luar.Baru pukul 1100 pagi. Aku lepak kat bawah layan air sirap bandung. Ambik train before 12:30pm dah sampai Stesyen Komuter kesayangan Dep. Hahaha. KLCC pun tak singgah. Ingat nak tengok Tower Record ada lagi ke tak.Anak bini jemput then terus pergi makan tengahari.Lepas Zuhur plannye nak pergi panggung tengok Kapten Amerika yang baru dengan Aisyah. Rupanya minggunie baru nak main. Hahahah. Sengal jugak akunie tak tengok poster betul-betul. Ingatkan tiket habis rupanya belum main panggung lagi.
Akupun balik takdela tangan kosong. Dapat jugak satu.Dah tak jumpa dah kat kedai dan online. Masa ada pun beratus jugak. Aku dapatnie RM70.00 aje. Yang jual pun muka macam terkejut aje bila tengok harga yang dia letak.Dah la satu aje. Hahahah. Bagi RM100.00 dibalikkan RM20.00 aje. Aku tegur baru pulang lagi RM10.00. Hahahaha. Rezeki aku kot. Nak up balik harga macam tak patut pulak. Mungkin dia tau akunie collector.Lepaskan ajela. Rasa kalau ada lagi dua tiga mau cabut harga tukar lain.Cuma lupa tanya kedai kat mana aje.Kira completela 3 Lion voltron aku setakatnie. Dapat black lion.Nanti aku review kenapa aku gelar dia Voltron.Apa-apapun thank youla CTFKL3. Memang best. Terima kasih Syed/Portdy pasal reminder/inform aku.Hopefully tahun depan ada orang reminder lagila.Yela takde muka buku. Hahahahaha
cayala bro shafid.. gua tak sempat la nak kesana.. nampak macam best je kan!! toys tak berapa minat sangat, tp gua lebih berminat pd amoi millenium falcon tu.. haah haah haah!! i'm just joking..
ReplyDeleteMILF Falcon amoi tu yang tak boleh dipegang.Hahaha!
DeleteAku teringat satu talkshow dengan Harrison Ford.... ada satu fan bawak millenium Falcon vintage besar macam tu...nak minta Ford sign autograf... saje je Ford buat buat terlepas. Jatuh berderai MF tu. Nangis tak berairmata mamat tu.
Rasa bersalah jugak upload gambotu. Masa snap tak perasan. Bila nak bercerita baru perasan. Aku pun gelak sendiri. Maaflah.
ReplyDeleteJangan viralkan kat muka buku eh.
ReplyDeletetapi tengok cara sudut gambo tu di snap...macam sengaja jer...hahaha...
ReplyDeletetapi lain2 tu aku tak kisah...Back to the Future tu jer aku geram tengok...
Yup. Mmg agak kurang tumpuan kat BTTF. Budak muda kurang tau. Owner pun pakai baju power rangers. Jauh gap umur tu
Deletetq support
ReplyDeleteSamasama. Hang sap eh? Click takde blog. Aku takde Facebook.
Deletelast minit baru tau event ni padahal dekat je ngan rumah.rugi tak pegi.injustice versi Ban Dai memang mahal gila laa..kat amcorp pun sama.
ReplyDeletebtw,tower records kat klcc mmg da lama tutup,rock corner pun sama dah takda lagi
Makna tinggal yang kat One Utama aje ke Tower Records? Yang kat situ tak best. Yang dekat Permas Jaya dulu best.Tapi bungkus jugak.
ReplyDelete