Sunday, April 17, 2016

CONSTRUCTICONS AND DEVASTATOR

Yes!Yes! Syukur Alhamdulillah.
Memang dah aim lama Constucticonnie. Keluar tahun lepas. Tapi oleh kerana harganya yang agak mahal, terpaksa tunggu dan kumpul dana dulu. Aku tak pernah ada constucticons yang asal G1, movie dan superlink pasal harga yang mahal. Even yang dikeluarkan hampir sama macamnie oleh geng third party aje dah RM1500. Tapi lagi lawa sikit dari yang ini. Mungkin pasal rasa tercabar, tu yang Hasbro keluarkan yang versi ini. 
Rasa nie kot Transformers paling mahal yang pernah aku beli. Tapi at least dah separuh harga dari yang third party keluarkan. Dah banyak kali aim tapi tak ambik-ambik. Last month tanpa fikir banyak angkat jugak. Takut habis.nipun banyak komplen. Dah murah pun komplen. Memangla yang third party punya lagi lawa dan accurate, tapi RM1500. Mahal gila. Dah untung Hasbro tak saman pasal hakcipta..Banyak aku dengar komplen dilaman-laman sosial. Joint tak ketatla, Tangan layula. Tak boleh berdiri tegakla.Sampai aku pernah pergi satu kedai dia suruh aku tunggu yang versi Jepun punya pasal diaoarang dah buat improvement kat benda-benda yang orang komplen. Malasla nak tunggu. Penantian satu penyeksaan.
Hasbro pun takdela malas sangat.Walaupun ini cuma cetakan semula G1 cuma dibesarkan 10 kali ganda lagi, Packaging, pun cantik, grafik lawa. Memang aku simpan kotaknie. Aku pernah beli yang G1 punya tapi tiruan kat Econsave Taman Scientex Pasir Gudang hampir 10 tahun dulu untuk lepaskan rindu. Malangnya hilang masa pindah tak boleh nak tayang dan bandingkan scale.
So jadi cukup 6 ahli Constructicon yang asal.Tak payah tambah dan cari dari packaging lain macam Stunticonn tempoh hari. Warna pun warna G1 ungu dan hijau. Harap lepasnie keluar warna G2 pulak. Ungu dan kuning. Lagi lawa. Alamak kena kumpul duit lagi. Hehehehe. Keluar under Combiner Wars label. Ini mungkin sebagai penghormatan Constructicon sebagai combiners robot yang pertama keluar dalam siri G1 30 tahun yang lalu. Mungkin tu yang special buat besar. The biggest combiner robots ever diaorang declared.
So yang nie namanya Hook Pasal ada cangkuk. Dia juga merupakan dada untuk Devastator bila bergabung nanti.
Nie Long Haul. Lori pasir besar macam kat construction site. Bukan lori hantu. Lori hantu kecik aje. Dia merupakan badan utama Devastator.
Yang Kobenie Scavenger namanya. Rasa dipanggil Scavenger pasal masa kartun G1 dulu, masa exploration dia punya gangkuk depan boleh jadi scanner untuk cari apa-apa. Macam radarla.  Merupakan tangan kanan Devsatator.
Bulldozernie pulak Bonecrusher namadia. Pun Jadi tangan Devastator.
Bulldozer tayar getak pulaknie Scrapper. Jadi kaki Devastator.
Dan yang terakhir, Mixmaster. Juga jadi kaki untuk Devastator.
So complete semuanie tinggal combinela.Paling best masa kartuntu bila Megatron yang bagi arahan untuk Devastator untuk bergabung bila nak lawan autobot.
So terus dia bergabung. Menang nostalgic bila dah combine macamnie.
Even dengan Menasorpun dah dua kali ganda besarnya Devastator.
Goyang jugak lutut Optimus Prime bila dia baru-baru sampai rumah haritu. Autobotpun memang takde carbon copy untuk Devastatornie. Even combiner wars pun aku still takde Autobot punya team. Kesian. So apa-apapun dah ada G1 constructiconsnie memang kepuasan bagi aku. I could not ask for more. Thank youla Hasbro. By the way. I'm gonna miss Aston Villa. Yang sedihnya Manut yang relegatekan dia.

7 comments:

  1. gua minat optimus prime..
    singgah laa kat sini pulak bro
    http://albumretro.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. tengok dia punya harga...perghhhhh!!!!!!

    nasib baik la aku cuma minat kumpul tutup botol...hahaha...

    ReplyDelete
  3. (baca dengan suara hasutan manja)
    belilah 2 kali..
    3rd party beli dulu.. nanti yang Jepun tu sampai, beli lagi sekali..
    ala...dah minat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Dah macam cerita bisikan syaitan. Insyallah akan diusahakan. Tapi jika adapun rm1500 aku rasa aku pegi ke animated punya stunticon dulu. Tu lagi lawa.

      Delete
  4. combine wars aku cuma ada optimus je.mmg dah lama nak optimus tu..optimus versi michael bay memang aku tak bekenan

    ReplyDelete