Wednesday, April 20, 2016

TRIP TO MADINAH PART 2

Harinie hari jalan-jalan. So sarapan lepas solat subuh.
Keluar sikit dari Madinah.
First stop Masjid Kubah.
Ini Masjid pertama yang Rasulllah bina sebelum sampai ke Madinah masa penghijrahan.
Bin Laden punya geng membersihkan area masjid ini.
Batu bersurat kat Masjid Kubah. Lupa tanya Ustaz apa maksud tulisan kat batu itu.
Next stop, ladang kurma. Sekali tengaok macam kebun sawit belakang rumah aku. Yela pokok kurma dan sawit lebih kurang aje.
Sini kira tempat berhenti berehat sebentar untuk minum dan
Berbelanja kurma dan kacang-kacang.
Memang besar pasarnie. Macam-macam kurma,kekacang ada dijual. Kalau berhenti harusnya beli pasal kat sini aje yang murah. Kat Mekah memang takde harapan. Quite banyak jugak aku sekeluarga beli kacang. And yes, semua peniaga boleh cakap Melayu.
Next stop Bukit Uhud. Kalau nampaktu yang atas ada orang tu Bukit Uhud kat mana tentera Rasulallah kalah pasal tak dengar arahan Rasulallah. Dah tak tinggi dah bukittu pasal banyak orang datang bawak balik batu. Yela fahaman dan kepercayaan orang yang datang macam-macam.
Tu yang makan para sahabat kat sini habis dipagar kerajaan Arab untuk mengekang segala aktiviti shirik. Kalau tak pagar rasa ramai orang menurun nombor agaknya. Tu punya besar papan amaran dengan pelbagai subtitle. Bahasa archtung pun ada. Terkejut juga. Ramai jugak muslimin dan muslimat datang dari Jerman.

Sayu aje tengok. Bila dengar cerita perang Uhudnie memang sayup. Ini tempat baru makam para sahabat. Diceritakan pada 60 tahun dula ada banjir besar kat area sini dan semua jasad para sahabat terapung. Masih lagi ada kesan darah kat tubuh masing-masing dan jasadnya masih sama seperti baru dikebumikan. Kuasa tuhan. Jadi dipindahkan ke sini. Tapi aku rasa baricade nie baru lagi pasal nampak cantik lagi.Memang luas. Rasa tak silap ada 70 para sahabat dikebumikan disini kalau tak silap dengar.
So kejap aje trip harinie. Sebelum tengahari dah habis.
Lalu depan Universiti Madinah tempat Ustaz Guide aku belajar.
Sampai bilik baru pukul 1100 pagi. Tiap-tiap TV kat bilik ada saluran siran langsung untuk tengok latest situation kat Masjid Nabawi dan Masjidil haram. Very handyla. Yang Saluran Masjid Nabawi ada bacaan hadith-hadith nabi manakala Masjidil Haram ada bacaan Al-Quran. Subtitle pun boleh tukar-tukar. Tak tau camana. Bini aku tertekan keluar bahasa Malaysia.
Tapi kat Masjid Nabawi dah sibuk preparation untuk orang solat zohor.
Yang ambil kesempatan berehat sebentar pun ada. Aku pun ada tergolek jugak kadang-kadang.
Memang ramai orang. Kata ustaz guide aku, even kat Masjid Nabawi sahaja lebih 5000 orang kerja satu shift untuk memastikan perjalanan lancar seluruh masjid. Memang bersih, takde sampah dan bekalan air zam-zam pun tak pernah putus.Itu belum Masjidil Haram.
Lepas Zuhur, Haji dan Hajah pulak ajak aku dan Aisyah ronda-ronda. Isteri aku skip yang ini pasal malas nak keluar. Dia bagi Aisyah kat aku terus masuk balik pasal perempuan access dalam masjid agak terhad dan waktunya pendek.

4 comments: