Tuesday, January 21, 2014

TRANSFORMERS EXPO 2014 MALAYSIA


Insyallah pergikot raya cinanie. Tiket lepas gajila baru beli. Ini aku rasa event ke tiga Expo transformers lepas Cybertroncon kat Universal Studios pada 2012 dan kat Shanghai China tahun lepas. Yang kat China tak tau ada ke tak. Tapi sempena 30 tahun transformersnie akan buat kat Malaysia. Dari bulan 12 haritu dah buat roadshow kat KL. Cuma tula buat kat Genting. Genting time raya cinanie selalunya penuh orang nak masuk. Dari simpang Gombak dah jem dah orang nak naik. Harap kesabaran aku cukup kuatla untuk naik ke Genting. Kalau pergi nie pun kira first time naik genting. Harga tiket pun ok. Kurang-kurang tak dapat pergi annual botcon kat Amerika, ada buat kat tempat sendiri pergila. Macam Metallica jugak, dah dekat 30 tahun baru datang Malaysia. Nie pun sama jugak dah lepas 30 tahun baru ada nak buat konsert.  Kalau tengok poster tu macam-macam ada. Bestla. Satu penyesalan aku adalah haritu tak except nak jadi sukarelawan untuk event ini pasal malas nak bawak collection aku ke sana.Tak sanggup aku nak packing dan unpacking nanti. Last-last respond jugak tapi dah lambat, diaorang dah ada crew dah untuk event ini. Takpela. bawak anak bini jalan-jalan aje.
Bagi yang berminat boleh pergi jugakla.Cuti sekolahkan. Tiket pun tak mahal sangat. RM55.00 dewasa, RM44.00 kanak-kanak. Aisyah still free lagi pasal bawah 3 tahun. Ngam-ngam lagi sebulan. Merchadise tak tau lagi. Kalau jadi sukarelawan dapat baju. Apa-apa pun transformers untuk ulangtahun yang ke30 tahun yang baru akan 1st release kat sini katanya. Mungkin adakot untuk expo special punya jugak tapi tak taula. Selalunya ada. Yang untuk movie 4 pun katanya akan ada showcase jugak. Kalau murah and limited edition belila jugakkot. Tapi selalunya mahal. Bolelah hunting sikit-sikit. Takpela.Nak layan semua rabak poket. Bila dah sampai Tesco boleh beli jugak. Pelan-pelan.

2 comments: